Aida Kamalia Diterbitkan 27 August 2019

Potongan Hingga RM62 Di Roaming Man Bersempena Hari Merdeka 

Potongan Hingga RM62 Di Roaming Man Bersempena Hari Merdeka 

Sempena Hari Merdeka tidak lama lagi, Roaming Man tidak melepaskan peluang ini dengan memberi baucer diskaun kepada semua yang ingin melancong ke luar negara. Bagi anda yang masih tidak tahu lagi apa itu Roaming Man, syarikat ini menawarkan poket wifi ke 138 buah negara! Berdasarkan pengalaman sendiri, apa Aida boleh katakan tentang poket wifi Roaming Man, sememangnya sangat berpuas hati. Proses ambil dan pulang yang lancar, cara untuk aktifkan mudah, malah sambungan Internet juga sangat lancar! 

Bersempena denga Hari Merdeka 31 Ogos ini, Roaming Man menawarkan diskaun menarik untuk anda semua rebut kerana ia hanyalah terhad kepada 100 hingga 500 pelanggan sahaja. Jangan risau, anda masih lagi ada masa untuk bersedia dan rebut kerana tarikh untuk anda beli adalah pada 28 – 30 Ogos 2019. 

Bagi setiap tempahan yang berharga RM300 keatas, anda berpeluang mendapat diskaun berharga RM62 dan ini terhad untuk 100 pelanggan sahaja. Manakala jika tempahan anda berharga RM150 keatas, anda berpeluang mendapat diskaun RM31 dan ia terhad untuk 500 pelanggan sahaja. 

Apa yang best sangat Roaming Man? Jom kita lihat

Tak perlu deposit 

Wow seronoknya tak perlu deposit? Ya! Jika anda merupakan warganegara Malaysia, anda tidak memerlukan deposit untuk menyewa poket wifi dari Roaming Man. Rata-rata syarikat sewa poket wifi ini meletakkan deposit RM200+, namun tidak dengan Roaming Man, anda cuma bayar harga jumlah tempahan poket wifi anda sahaja! 

Buka 24 jam 

Siapa yang tidak suka kedai yang beroperasi 24 jam kan? Roaming Man sangat memudahkan pelanggan mereka dengan membuat outlet beroperasi 24 jam sehari di lapangan terbang KLIA dan KLIA2. Jadi jangan risau jika waktu penerbangan anda pada tengah malam atau pagi, anda boleh terus pergi ke outlet mereka untuk proses pengambilan dan pemulangan poket wifi. 

Berdasarkan pengalaman sendiri, servis di outlet begitu teratur dan pantas. Terdapat 2 lane yang anda perlu beratur untuk pick up poket wifi, serta lane untuk pulang semula wifi.

Boleh kongsi hingga 5 orang

Lebih menarik lagi, poket wifi ini boleh dikongsi sebanyak 5 device/telefon pintar anda. Sedikit sebanyak ini merupakan langkah untuk berjimat jika anda travel beramai-ramai. Sebagai contoh, jika anda pergi melancong di South Korea selama 7 hari, jika dibahagi kepada 5 orang, anda cuma perlu bayar RM16.80 sahaja seorang untuk 7 hari! Jimat kan? Harga untuk sewa poket wifi di Roaming Man juga tidak terlalu mahal dimana paling murah adalah RM12 dan paling mahal pula RM32. Jika anda berkongsi dengan ramai orang, ia akan jadi jauh lebih murah.

Ketahanan bateri 

Apa yang saya suka dengan poket wifi Roaming Man, semasa anda mengambil dan pick up poket wifi di outlet Roaming Man, ianya sudah dicas penuh. Malah ketahanan bateri poket wifi juga boleh bertahan sehingga 12 jam. Maka anda tidak perlu risau jika seharian anda berjalan keluar dan kehabisan bateri. Bagi mereka yang tidak gemar mengaktifkan poket wifi sepanjang masa, anda dapat gunakan poket wifi dengan lebih lama. Sedikit tips dari saya, jika anda keluar berjalan awal pagi sudah pasti anda akan berehat di bilik sebentar sebelum keluar semula untuk makan malam. Ketika anda berada di bilik, terus cas semula poket wifi anda. 

Jadi untuk anda gunakan kod voucher ini, semasa proses pembayaran atas talian, jangan lupa gunakan kod MERDEKA31 untuk potongan sebanyak RM31 jika tempahan anda melebihi RM150 dan keatas. Kod ini terhad untuk 500 pelanggan sahaja ya!

Tambahan lagi, gunakan kod MERDEKA62 untuk potongan sebanyak RM62 jika tempahan anda melebihi RM300 dan kod ini terhad untuk 150 pelanggan sahaja.Akhir kata, sepanjang saya menggunakan servis poket wifi Roaming Man, tiada komen negatif dari saya kerana perkhidmatan dari Roaming Man saya sangat berpuas hati. Jadi saya tidak ragu-ragu untuk rekomen Roaming Man kepada orang ramai.