Carian
Kenali Fungsi Bahan yang Terkandung dalam Produk Penjagaan Kulit
August 27, 2019 Min Ahmad

Kenali Fungsi Bahan yang Terkandung dalam Produk Penjagaan Kulit

Ramai yang gemar menggunakan produk penjagaan kulit namun sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mengetahui fungsi bahan-bahan yang digunakan di dalam sesuatu produk. Ini membolehkan kita dapat menyesuaikan produk yang tepat dengan keperluan dan jenis kulit. Mengenali bahan-bahan yang digunakan dalam produk kecantikan juga membolehkan kita dapat mengenalpasti bahan-bahan yang mungkin dapat mendatangkan kerengsaan kepada kulit. Berikut adalah bahan-bahan yang sering digunakan dalam produk penjagaan kulit.

Bahan untuk Mencerahkan Kulit

Terdapat banyak bahan yang digunakan dalam produk pencerahan. Berikut adalah bahan yang selamat dan sering digunakan dalam produk pencerahan:

 

Likoris

Sumber: Sephora Malaysia

Ekstrak akar likoris mengandungi glabridin dan licochalcone, sejenis antioksidan yang mempunyai kuasa anti-penuaan yang juga mampu untuk menenangkan kulit.  

Glabridin mampu mengurangkan kesan kerosakan cahaya matahari dan menghalang melanin daripada bertambah gelap akibat kerosakan sinar UV. Ini menjadikannya kandungan terbaik untuk mengurangkan kesan hiperpigmentasi.

Licochalcone pula mempertahankan kulit daripada radikal bebas yang mempu membuatkan kulit kelihatan tua sebelum usianya.  Ia juga bersifat antiradang yang sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti rosacea dan eczema. Tambahan lagi, licochalcone membantu untuk mengawalatur penghasilan sebum oleh kulit yang menangani  masalah jerawat akibat kulit yang terlampau berminyak. 

Kesemua ini menjadikan likoris agen pencerah kulit semujadi yang tidak merengsakan kulit maka ia secara umumnya sesuai untuk semua jenis kulit.

 

Arbutin

Sumber: The Ordinary

Arbutin ialah penyelesaian terbaik bagi anda yang mempunyai masalah kulit kusam, berparut, hipermentasi, melasma, dan cholasma. Malah ia selamat digunakan buat mereka yang mengalami masalah penghasilan melanin yang melampau ketika hamil. Ia mampu mengekang penghasilan melanin dalam kulit yang menyebabkan kulit kelihatan gelap. Arbutin bersifat lembut terhadap kulit dan tidak bersifat menghakis seperti hydroquinone. Ini menjadikan ia sesuai digunakan untuk mengurangkan parut hitam jerawat dan menyamaratakan tona kulit. 

 

Niacinamide

Sumber: The Ordinary

Dikenali sebagai vitamin B3 dan nicotinamide, niacinamide ialah bahan versatile yang digunakan dalam produk penjagaan kulit. Ia larut dalam air yang memudahkan ia untuk bertindak dengan kulit secara semulajadi untuk membantu mengurangkan penampilan liang pori, menyamaratakan warna kulit, mengatasi pembentukan awal garisan halus di wajah, dan kekusaman.

Niacinamide mengurangkan impak akibat kerosakan akibat pengaruh persekitaran kerana kemampuannya untuk membaik pulih lapisan perlindungan kulit. Ia juga memainkan peranan dalam membaiki kulit daripada kerosakan lampau yang membuatkan kulit kelihatan kusam dan tidak berseri. Niacinamide juga mampu mengurangkan penampilan hiperpigmentasi dan meningkatkan kecerahan kulit sekiranya digunakan secara berterusan.

 

Vitamin C

Vitamic C bersifat asidik di mana ia mampu menjadi chemical exfoliant yang boleh membuang sel-sel kulit mati di lapisan atas kulit dan menyerlahkan kulit yang cerah, halus, dan lembut. Ia juga dapat mempercepatkan pembaharuan sel dengan penghasilan kolagen dan elastin yang membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal. 

Antara kebaikan pembaharuan sel ialah ia dapat membantu dalam proses pencerahan kulit, mengurangkan kesan hyperpigmentasi dan menyamaratakan warna kulit. Penggunaan secara konsisten dan berterusan juga dapat mengurangkan kesan kerosakan yang diakibatkan oleh sinar UV.

 

Bahan untuk Melembapkan Kulit

Masalah kulit yang kering, dehidrasi ataupun tona kulit yang tidak sekata dapat diselesaikan dengan menyertakan produk penjagaan kulit yang bersifat melembapkan. Kaedah terbaik untuk melembapkan kulit dengan menggunakan penyegar wajah, esen, serum atau krim yang mampu meningkatkan lembapan kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit. Antara bahan-bahan yang bersifat melembapkan ialah:

 

Asid Hyaluronik  

Asid hyaluronik dihasilkan oleh badan kita secara semulajadi dan banyak terdapat di lapisan kulit. Namun, faktor usia dan pendedahan kepada cahaya matahari tanpa perlindungan SPF mampu merosakkan fungsi semulajadinya. Kekurangan penghasilan bahan ini dalam badan menyebabkan kulit kelihatan kering, kasar, berkedut. Oleh yang sedemikian, cari produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan ini. Asid Hyaluronik bersifat humectant, di mana ia dapat menarik lembapan daripada sekeliling dan mengunci lembapan tersebut daripada hilang ke permukaan. Ia bertindak jauh ke dasar kulit untuk menjadikan kulit terhidrat dan tampil lebih anjal. Asid hyaluronik biasanya disenaraikan sebagai hydrolyzed hyaluronic acid, sodium hyaluronate atau sodium acetylated hyaluronate.

 

Gliserin  

Gliserin ialah satu lagi bahan yang bersifat hygroscopic yang mampu menarik lembapan dari udara ke permukaan kulit. Ini membolehkan kulit kekal lembap dan membuatkan kulit kelihatan lebih anjal dengan ‘plumping effect’ yang bertindak dari bawah permukaan kulit. Gliserin banyak digunakan dalam produk pencuci dan krim muka. Penggunaannya membuatkan kulit terasa lembut dan pejal, serta mampu membaikpulih daya tahan kulit dan menguatkan lapisan perlindungan semulajadi kulit. Gliserin juga membantu penyerapan bahan lain ke lapisan atas kulit, terutama sekali bahan emolient.

 

Ceramides

Sumber: Sephora Malaysia

Ceramides ialah lipid semulajadi yang banyak dijumpai di lapisan atas kulit. Sekiranya sel-sel kulit ialah batu bata, ceramides ialah mortar di antara batu-bata tersebut di mana ceramides ‘mengikat’ dan melindungi kulit daripada kehilangan lembapan dan kerosakan akibat faktor sekeliling. Kekurangan ceramides menyebabkan lapisan perlindungan kulit terjejas menjadikan kulit kering, kasar, kemerahan, merengsa dan terasa gatal.

Selain disenaraikan sebagai ceramides, ia juga turut disenaraikan sebagai phytosphingosine atau sphingosine, rantaian asid amino yang mengandungi molekul ceramides. Produk yang mengandungi ceramides sesuai dipadankan dengan produk anti penuaan yang mengandungi antioksida, retinol atau peptida ataupun produk skin-replenishing di mana kandungannya menyerupai kandungan semulajadi dalam kulit seperti essential fatty acid, glyserin, dan kolestrol.

 

Essential Fatty Acid

Sumber: Sephora Malaysia

Essential fatty acid, atau nama lainnya, Omega 3 dan Omega 6 adalah bahan yang diperlukan dalam pembinaan membran sel. Kehadirannya dalam kulit memastikan wujudnya selapisan perlindungan minyak semulajadi kulit yang menghalang kulit daripada kehilangan lembapan, serta memastikan kulit kekal lembap dan anjal. Kekurangan bahan ini di dalam makanan dan produk penjagaan kulit akan menyebabkan kulit menjadi kering, kemerah-merahan dan menyebabkan kulit mudah mengalami masalah blackhead serta whitehead. 

 

Bahan untuk Anti Penuaan

 

Asid Hyaluronik

Sumber: Sephora Malaysia

Asid Hyaluronik bukan sahaja sesuai digunakan untuk melembapkan kulit, penggunaannya juga mampu membuatkan kulit kelihatan anjal dan tampil awet muda. Kehilangan lembapan adalah punca kulit menjadi kering dan merupakan sebab utama kulit kelihatan berkedut, kasar dan garisan halus tampak lebih ketara. Oleh yang sedemikian, asid hyaluronik adalah komponen utama dalam produk antipenuaan.

Asid Hyaluronik bersifat hydrophilic di mana ia mampu menarik lembapan dari sekeliling dan mengekalkan lembapan tersebut dalam kulit. Ia juga bertindak sebagai natural fillers yang ‘mengisi’ garisan kedutan di wajah dan mengurangkan penampilan garisan halus. Ia juga menggalakkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit kekal anjal. Secara umumnya, asid hyaluronik adalah bahan yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Namun, untuk menikmati kebaikannya, penggunaan asid hyaluronik hendaklah dilakukan konsisten dan berterusan.

 

CoEnzyme Q10 (CoQ10)

Sumber: Sephora Malaysia

Seperti asid hyaluronik dan ceramide, CoQ10 juga dihasilkan dalam badan secara semulajadi. Namun peningkatan usia atau gangguan hormon menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan CoQ10 secara efektif. Pendedahan kepada cahaya matahari tanpa sebarang perlindungan juga dapat menjejaskan penghasilan CoQ10 dalam badan akibat kesan kerosakan UV.

Penggunaan produk penjagaan kulit dengan CoQ10 dapat mengurangkan kerosakan kepada kulit diperingkat selular dan menggalakkan perlindungan antioksida. Malahan, CoQ10 dapat mengurangkan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh sinar UV serta mengurangkan penampilan kedutan dan garisan halus di wajah.

 

Retinol

Sumber: Sephora Malaysia

Retinol ialah antara bahan yang sering digunapakai dalam produk anti penuaan. Ini adalah kerana kemampuannya yang menggalakkan pembaharuan kulit dan penghasilan kolagen. Ini sekaligus dapat mengurangkan penampilan garisan halus dan kedutan serta mengurangkan kesan kerosakan yang diakibatkan oleh cahaya matahari. Penggunaan retinol juga dapat memperbaiki tekstur dan tona kulit, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kemunculan jerawat. 

Namun begitu, buat mereka yang tidak biasa menggunakan retinol,  penggunaannya haruslah dimulakan kepekatan yang tahap yang rendah kerana retinol pada kepekatan yang tinggi mampu membuatkan kulit menjadi sensitif, kering dan mengelupas. Retinol juga mampu membuatkan kulit menjadi sensitif apabila terdedah kepada cahaya matahri maka disarankan penggunaan retinol pada waktu malam dan diikuti dengan penggunaan krim pelindung cahaya matahari di siang hari.

Retinol hadir dalam beberapa jenis namun hanya 3 jenis sahaja yang digunakan dalam produk penjagaan kulit yang boleh didapati over-the-counter. Manakala selebihnya boleh didapati melalui perskripsi doktor. Antara derivatif retinol yang boleh didapati dalam produk kecantikan:

  • Retinyl palmitate: Pertimbangkan ini sekiranya anda baru kepada penggunaan retinol. Sesuai untuk kulit yang sensitif, terlalu kering atau mempunyai garisan halus yang minima.
  • Retinaldehyde: Variasi yang lebih potent berbanding retinyl palmitate dan sesuai untuk intermediate user.
  • Retinol: Retinoid yang paling kuat untuk produk yang boleh didapati over-the-counter.  Sesuai untuk kulit matang ataupun mereka yang sudah biasa dengan dua jenis retinol di atas.

 

Vitamin C   

Sumber: Sephora Malaysia

Selain digunakan sebagai ejen pencerahan, vitamin C juga digunakan secara meluas dalam produk antipenuaan. Dipadankan dengan krim pelindung cahaya matahari (sunscreen/ sunblock), vitamin C mampu memberikan perlindungan menyeluruh daripada kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas yang terhasil daripada pendedahan kepada sinar UV. Ini mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan yang berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Malahan, vitamin C ialah antioksidan yang baik yang dapat melindungi kulit daripada impak pencemaran.

Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen. Oleh yang sedemikian, vitamin C mampu mengembalikan keremajaan wajah dengan menggalakkan penghasilan kolagen yang membuatkan kulit tampak kelihatan lebih tegang dan anjal.

Antara jenis vitamin C yang digunakan didalam produk penjagaan kulit: 

  • L-ascrobic acid:  Ia bersifat larut dalam air namun tidak stabil dan mudah teroksida dalam masa yang cepat sekiranya terdedah kepada cahaya, udara dan suhu yang tinggi. Ia memerlukan pH rendah untuk bertindak secara efektif dan ini mampu merengsakan kulit. Sesuai untuk mengurangkan penampilan parut/ tompok gelap dan menggalakkan penghasilan kolagen.
  • Ascorbyl palmitate: Ia bersifat larut lemak yang meningkatkan tahap penyerapan vitamin ke dalam kulit.  Sesuai untuk melawan radikal bebas dan menggalakkan penghasilan kolagen.
  • Ascorbic acid polypeptide: Bersifat larut air, stabil dan tidak merengsakan kulit. Naum ia tidak sesuai dengan kulit yang sensitif.
  • Ascorbyl Glucosamine: Ia adalah sebatian vitamin C dengan gula amino yang bersifat larut air. Sesuai untuk melawan radikal bebas akibat faktor persekitaran (pencemaran, stress dan sinar matahari), dan mengurangkan penampilan parut/ tompok gelap pada kulit.
  • Ascorbyl Glucoside: sebatian vitamin c dengan glukosa, sesuai digunakan untuk menentang radikal bebas dan menyamaratakan tona kulit.
  • Ascorbyl tetraisopalmitate: variasi vitamin C yang mampu menyerap lebih jauh dan pantas ke dalam kulit berbanding vitamin C yang lain. Sesuai digunakan untuk mengatasi kesan radikal bebas dan menggalakkan penghasilan kolagen. Namun ia tidak sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif.
  • Magnesium ascorbyl phosphate: Bersifat larut dalam air, stabil dan lebih efektif pada kepelatan yang rendah berbanding L-ascorbic acid. Ia juga teroksida pada kadar yang lebih perlahan
  • Sodium acorbyl phosphate: Mengandungi kadar antioksida yang tinggi dan lebih berkuasa berbanding Ascorbyl Palmitate.

Sumber:

 

 

Komen