#TAJ-Suggest – Apa Produk Milani Cosmetics Yang Patut Anda Beli?

Satu lagi make up line yang terkenal dengan harga yang mampu milik berserta kualiti produk setara dengan kualiti high-end make up, Milani Cosmetics kini boleh didapati di pasaran Malaysia. Pengasas Milani, sebelum ini mempunyai syarikat kosmetik bernama Jordana dan terciptanya jenama Milani apabila mereka terinspirasi oleh kota Milan di Itali. Jika sebut sahaja jenama Milani pada penggemar make up, pasti mereka kenal akan jenama yang disebut-sebut di pasaran luar. Mengapa? Milani dikenali sebagai ‘high end’ kosmetik di farmasi US, disebabkan kualiti produk-produk Milani sangat bagus, pigmentasi yang tinggi, walaupun pada harga yang mampu milik, Milani Cosmetics mulai menjadi kegemaran makeup junkie! 

Baru-baru ini juga dikhabarkan Milani Cosmetics melebarkan sayap mereka ke pasaran Malaysia dengan memasuki farmasi Watsons. Perkara ini sudah pasti membuatkan penggemar kosmetik begitu teruja dan tidak sabar untuk memiliki produk-produk dari Milani.

Jadi pada artikel kali ini, Tajria akan syorkan pada anda produk apa yang anda patut beli! 

Conceal + Perfect 2-In-1 Foundation + Concealer 

Antara produk yang paling laris adalah foundation mereka yang terkenal dengan keupayaan untuk menutup ketidaksempurnaan muka dengan sangat baik. Malah formula foundation ini sendiri sudah mempunyai concealer, maka anda tidak perlu lagi memakai concealer. Hitam bawah mata, parut jerawat, merah-merah, segala masalah ini dapat dihapuskan menggunakan foundation ini! Juga selamat untuk dibawa ke kolam renang, taman tema air kerana formula foundation yang kalis air. Lebih menarik lagi, foundation ini hadir dengan pilihan shades melebihi 40 warna, hebat kan! 

Ulasan pelanggan 

Silky Matte Bronzing Powder 

Sebelum anda berkata yang anda tidak memerlukan satu lagi produk untuk contour muka, produk ini bukanlah untuk contour wajah anda! Bronzer tidak sama seperti contour powder, dimana fungsi bronzer adalah untuk memberi warna yang ‘warm’ kepada muka. Formula Silky Matte Bronzer Powder yang ringan serta mempunyai kandungan minyak argan, membuatkan aplikasi bronzer di atas muka lebih mudah dan licin, serta tidak mengeringkan muka anda.

Ulasan pengguna 

Make It Last Setting Spray Prime + Correct + Set 

Jika anda masih tidak menggunakan setting spray untuk ‘mengunci’ make up anda, ini masanya untuk anda beri ganjaran pada diri dengan setting spray dari Milan Cosmetics! Make It Last Setting Spray akan membuatkan make up anda bertahan melebihi 16 jam dengan satu semburan. Jika anda mempunyai acara penting yang memerlukan anda kelihatan cantik dalam waktu yang lama, penggunaan setting spray sangat penting. Tiada lagi masalah make up yang bercapuk serta make up cair menghantui anda.

Ulasan pengguna : 

Conceal + Perfect Foundation Stick

Jika anda sering lihat foundation biasanya hadir dalam bentuk cecair dan berbotol kaca, apa kata anda cuba foundation dalam bentuk stick! Conceal + Perfect Foundation Stick dengan kemasan matte akan membuatkan make up anda bertahan sehingga 12 jam. Sedikit tips disini, foundation stick ini juga boleh dibuat sebagai cream contour untuk wajah anda. Dikenali sebagai teknik tanam, anda boleh pilih warna shades yang lebih gelap berbanding warna sebenar wajah anda. Kemudian fokuskan pada bahagian muka yang perlu anda contour seperti hidung, dahi dan pipi untuk memberikan efek muka runcing. 

Ulasan pengguna : 

Rose Blush Trio Palette 

Milani Cosmetics juga terkenal dengan blusher atau pemerah pipi yang menarik. Rose Blush Trio Palette ini mempunyai 3 shades pemerah pipi yang berbeza untuk anda pakai setiap hari. Bertemakan warna merah jambu, si pemakai akan terus kelihatan manis dan lembut sewaktu memakai blusher ini. Dengan kemasan berkilat serta pigmen blusher yang tinggi, tidak hairan pemerah pipi ini menjadi kegemaran orang ramai. 

Ulasan pengguna : 

Anda boleh dapatkan produk Milani Cosmetics di beberapa cawangan Watsons terpilih sahaja. Seperti di IOI Mall Puchong serta di Sunway Putra Mall. Jika anda seorang penggemar make up, jangan lepaskan peluang ini untuk mencuba make up line yang baru sahaja memasuki pasaran Malaysia ini. Jika anda pernah menggunakan produk Milani, apa kata anda?