2 Resepi Salad Sihat Yang Menyelerakan!
Jika anda ingin menurunkan berat badan, hidangan pertama yang akan tiba di fikiran anda pasti salad. Kan? Namun disebabkan hidangan salad yang biasa anda nampak di kedai makan tampak sangat bosan dan tidak menarik, menyebabkan anda membuat andaian sendiri bahawa salad langsung tidak menyelerakan. Kemudian terkuburlah niat anda untuk diet dan makan makanan yang sihat.
Ya, memang salad yang biasa kita lihat di restoran nampak sangat membosankan dan kosong! Disebabkan inilah anda digalakkan untuk membuat sendiri hidangan salad sendiri di rumah supaya anda dapat mengikut citarasa anda sendiri. Salad tidak seharusnya membosankan, anda bebas meletakkan apa sahaja bahan lain untuk membuatkan rupa salad anda menarik. Apabila salad anda nampak menyelerakan, sudah pasti anda akan rasa teruja untuk makan salad.
Jadi pada artikel kali ini, Tajria akan tunjukkan resepi-resepi salad menarik yang anda boleh cuba di rumah, yang pasti, salad ini tidak membosankan!
Salad Ayam Lemon Panggang
Sos perapan ayam & sos dressing
- 2 sudu minyak zaitun
- ¼ cawan air perahan lemon
- 2 sudu air
- 2 sudu daun pasli (dicincang)
- 2 sudu kecil daun basil kering
- 2 sudu bawang putih (dicincang)
- 1 sudu kecil oregano kering
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit lada hitam cracked pepper , to taste
- Sedikit gula
- 500 gram ayam dada
Bahan salad
- 3 cawan salad Romaine
- 1 biji timun (potong dadu)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 1biji bawang merah (hiris)
- 1 biji buah avokado (hiris)
- ⅓ cawan buah zaitun
Cara-cara :
- Campurkan semua bahan perapan di dalam mangkuk, dan bahagi kepada 2 bahagian. Sejukkan di dalam peti ais.
- Masukkan ayam dada mentah ke dalam mangkuk perapan tadi dan biarkan ayam selama 15-30 minit.
- Didalam mangkuk yang berlainan, sediakan bahan untuk salad, campurkan kesemua ke dalam bekas lain.
- Kemudian, gunakan kuali yang tidak melekat, masukkan sedikit minyak zaitun dan grill ayam sehingga masak.
- Seterusnya, angkat ayam dan biarkan ayam ‘rest’ selama 5 minit, setelah itu hiris ayam dan letakkan ke dalam campuran salad tadi.
- Menggunakan sos dressing di dalam peti tadi, curahkan pada salad anda, dan siap untuk dimakan!
Kredit resepi : Cafe Delites
Salad Salmon Avokado Bersama Keju
Sos dressing
- 2 sudu mayonis
- 3 sudu yogurt Greek
- 1 sudu minyak zaitun
- 1 ulas bawang putih (ketuk)
- 1 sudu jus lemon
- 1 sudu keju parmesan (parut)
- Sedikit garam dan lada hitam
Bahan salad
- 140g ikan salmon
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- Sedikit garam
- Sedikit perahan lemon
- 2 biji telur rebus atau setengah masak
- 2 cawan daun kale
- 1 biji buah avokado
- ¼ keju parmesan (hiris)
Cara-cara
- Sapukan serbuk bawang putih dan garam pada ikan salmon, kemudian grill ikan pada kuali yang tidak melekat dengan menggunakan sedikit minyak zaitun.
- Apabila kedua-dua bahagian ikan sudah pun masak, angkat dan biarkan dahulu.
- Sementara itu, sediakan telur rebus atau telur setengah masak mengikut kesukaan anda.
- Di dalam mangkuk yang berlainan, campurkan kesemua bahan untuk sos dressing.
- Sediakan bahan untuk salad, masukkan salad kale atau apa sahaja salad kegemaran anda, kemudian masukkan hirisan buah avokado.
- Letakkan sos dressing pada salad, kemudian letakkan telur setengah masak serta ikan salmon tadi.
- Sedia untuk dihidang!
Kredit resepi : Cafe Delites
Resepi diatas sangat mudah disediakan malah anak-anak anda juga pasti akan mneyukainya! Lebih-lebih lagi apabila anda mengubahsuai protien di dalam salad, sebagai contoh ayam grill, ikan grill atau pun anda boleh masukkan udang grill ke dalam salad anda. Selain itu juga, variasikan pilihan salad yang anda gunakan supaya tidak bosan. Seperti brokkoli, lobak merah, tomato, bayam dan banyak lagi. Sos dressing juga haruslah diletakkan sedikit sahaja dan tidak berlebih-lebihan. Ini kerana ia akan mematikan rasa salad itu sendiri. Masukkan bahan lain yang keras bagi menambahkan tekstur ke dalam salad untuk rasa yang lebih sedap seperti campuran kekacang atau pun roti yang telah dibakar.
Selamat mencuba!