Royal Floria Putrajaya Kini Kembali Bertemakan Taman Diraja Pahang
Buat pecinta-pecinta bunga semua, Tajria ada berita baik untuk ada semua! Festival Royal Floria kini kembali lagi buat kali ke-11 pada tahun 2019. Malah istimewanya acara Royal Floria Putrajaya pada tahun ini, ia akan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada tarikh bersejarah Malaysia iaitu 31 Ogos tahun ini.
Festival Bunga pada kali ini berkonsepkan Taman Diraja Pahang, atau pun Royal Garden Showcase yang menjadi tarikan utama untuk pengunjung. Konsep Royal Garden Showcase ini pula diambil sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang merupakan Sulta Pahang. Bagi sesiapa yang ingin melihat keindahan deretan bunga yang cantik, anda boleh pergi ke Festival Bunga ini yang akan berlangsung selama 9 hari iaitu 31 Ogos 2019 hinggalah 8 September 2019 di Taman Botani Putrajaya, Precint 1,Putrajaya.Royal Floria Putrajaya tahun ini akan lebih mengetengahkan aneka pokok bunga orkid serta pokok bonsai untuk tatapan orang ramai.
Apakah tarikan yang ada lagi sempena Royal Floria Putrajaya?
- Magical Gardens
- The Magic of Bonsai & Suiseki Exhibition.
- Musical Garden
- Tropical Magic in a Glass (Terrarium exhibition).
- Chrysanthemum Garden.
- Royal Garden
- International Orchid Competition.
- Designer Gardens
- Tea Party Garden
Malah apa yang menarik juga pada pamferan kali ini, mereka menampilkan pokok bunga orkid yang dinamakan sebagai Queen Azizah, sempena Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menarik kan!
Sempena dengan ini, mari kita kenal dengan lebih dalam mengenai pokok bonsai, katanya pokok ini mahu mencecah ribuan ribu ringgit!
Bonsai dikenali sebagai pokok yang berada di dalam pasu kecil, atau pun pasu rendah. Pokok bonsai berasal dari China namun sangat popular di kalangan masyarakat Jepun. Pokok kecil ini mempunyai sejarahnya tersendiri serta diibaratkan seperti seni menghidupkan pokok di dalam pasu kecil. Pokok bonsai boleh dibengkokkan mengikut bentuk yang anda inginkan dengan menggunakan teknik wayar, dihiasi dengan batu-batu kecil jika diletakkan di dalam pasu. Manakala menjaga pokok bonsai pula memerlukan kesabaran dan penjagaan yang teliti, serta bukan mudah untuk menguasai teknik menjaga bonsai, pokok ini juga akan cepat mati jika tidak dijaga dengan cara yang sepatutnya. Tetapi, jika anda mahir menjaga pokok bonsai, pokok ini mampu hidup hingga 800 tahu, menjadikan nilai pokok bonsai itu sangat tinggi hingga puluhan ribu ringgit.Untuk dikira sebagai pokok bonsai, ciri-ciri seperti tahan lasak, mempunyai jangka hayat yang panjang, berdaun kecil serta ketinggian pokok pula tidak melebihi 140 sentimeter.

Jenis bonsai
- Tegak lurus (Chokkan)
- Tegak berkelok-kelok (Moyogi)
- Sapu terbalik (Hokidachi)
- Condong (Shakan)
- Tertiup angin (Fukiganashi)
- Melata (Kengai)
- Separa melata (Hankengai)
- Batang kembar (Sokan)
- Batang Banyak (Takan)
- Kelompok (Yos-ue)
- Akar atas batu
- Tumbuh dalam batu
- Menonjolkan akar (Neagari)
- Batang Bergelung (Bankan)
- Pohon sasterawan (Bunjinki)
Disebabkan ini lah pokok bonsai sangat mahal, disamping ia memerlukan kemahiran, kesabaran yang tinggi untuk menguasai teknik penanaman dan menjaga pokok bonsai. Jadi sempena Festival Royal Floria Putrajaya tahun ini yang dirasmikan pada Hari Merdeka, bolehlah anda singgah ke Precint 1 Putrajaya untuk mengunjungi Festival Bunga setelah melihat Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2019.
Buat peminat-peminat pokok bunga, jangan lepaskan peluang untuk lihat pokok bunga orked yag dinamakan sebagai Queen Azizah, serta pokok bonsai yang tinggi nilainya pada festival ini.