Carian
Mari Raikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62 Bersama TikTok
September 3, 2019 Lina Rosli

Mari Raikan Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-62 Bersama TikTok

Sejak kebelakangan ini, TikTok agak aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti bersempena festival tertentu yang melibatkan ramai pengguna platform berkenaan. Tidak ketinggalan juga, TikTok turut melancarkan kempen Merdeka bagi menyokong Hari Kemerdekaan ke-62 bagi menyahut cabaran Hari Kebangsaan tahun ini. 

Tema kebangsaan pada tahun ini adalah, Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih (Love Malaysia: A Clean Malaysia) yang mana tema ini diperkenalkan bagi menekankan betapa pentingnya perpaduan dan semagat patriotisma untuk kesejahteraan rakyat. Sejajar dengan tema ini, TikTok melancarkan cabaran Merdeka yang bertajuk #ilovemalaysia dan #madeinmalaysia. 

pastedGraphic.png

Untuk setiap cabaran yang dilakukan, ia adalah bertujuan bagi memperkenalkan tempat-tempat kegemaran rakyat Malaysia yang di perlu dilawati termasuk tempat makan, tempat membeli-belah dan tempat-tempat riadah atau kawasan lepak yang sering dikunjungi bersama rakan-rakan dan keluarga. Fokus kepada cabaran ini adalah bagi mempromosikan komedi, budaya dan pendidikan yang sering dilakukan di Malaysia. TikTok kini dilihat sedang giat mempelbagaikan kandungannya untuk menggabungkan sebanyak mungkin komuniti selain komited dalam  membina komuniti dengan menggalakkan pengguna berkongsi pengalaman mereka secara kreatif melalui video pendek.

pastedGraphic_1.png

Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi TikTok dan berkongsi video pendek yang ingin anda kongsikan berkenaan Malaysia serta menggunakan salah satu atau kedua-dua tagar (hashtags)  #ilovemalaysia dan #madeinmalaysia. Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelekat khas bersempena Hari Merdeka bagi menyatakan rasa cinta mereka kepada Malaysia dan menyiarkan video mereka. Cabaran ini boleh disertai bermula pada 29 Ogos dan berakhir pada 16 September. Menerusi cabaran ini, TikTok Malaysia akan memilih 20 pemenang dan pemenang akan berpeluang memenangi barangan edisi terhad TikTok Merdeka.

Komen