Lina Rosli Diterbitkan 3 September 2019

Kesan Lebam Tiba-tiba Muncul Pada Badan? Ketahui Apa Puncanya.

Kesan Lebam Tiba-tiba Muncul Pada Badan? Ketahui Apa Puncanya.

Orang-orang dulu sering mengaitkan kesan lebam tiba-tiba pada badan dengan jin atau makhluk halus. Tapi hakikatnya, ia berlaku apabila darah dalam badan terperangkap di bawah kulit yang menyebabkan kerosakan kecil pada saluran darah. Kebiasaannya, kesan lebam ini berpunca daripada terjatuh atau terlanggar sesuatu yang menyebabkan kulit dan saluran dalam badan terkena tekanan yang tinggi sehingga berlakunya lebam.

person's left palm with bandage

Sebelum Tajria mengupas lebih lanjut, tahukah anda mengenai sebab berlakunya lebam atau kesan luka pada badan? Lebam merupakan kesan kecederaan pada tisu kulit yang disebabkan oleh kebocoran pada saluran kapilari darah merah. Jika ada lihat pada kulit, ia akan kelihatan seperti warna ungu dan kebiruan. Ia adalah disebabkan kecederaan yang telah menyebabkan saluran darah kecil yang dikenali sebagai kapilari telah pecah. Sekaligus menyebabkan sel darah terperangkap di bawah permukaan kulit, yang menyebabkan lebam.

Apakah jenis-jenis lebam?

Ecchymosis: Ia merupakan jenis lebam yang biasa yang mana kebanyakan lebam terbentuk apabila saluran darah berhampiran permukaan kulit rosak, dan biasanya akibat kesan dari kecederaan. Kesan kecederaan ini telah menyebabkan saluran darah anda bocor sekaligus mengakibatkan darah terperangkap di bawah kulit dan menjadikan kulit berwarna ungu, hitam, atau biru.

Hematoma: Lebam ini berbeza dengan lebam jenis Ecchymosis yang mana ia berlaku selepas kecederaan atau kesan pada kulit, tetapi mereka juga boleh berlarutan tanpa sebab yang jelas. Jika hematoma merebak dalam organ penting, keadaan ini mungkin menjadi sangat serius dan memerlukan anda untuk mendapatkan bantuan perubatan.

Punca Berlakunya Lebam Pada Kulit

Secara umum, wanita cenderung lebam dengan lebih mudah berbanding lelaki.

Penggunaan ubat-ubatan tertentu, seperti anticoagulant (juga dikenali sebagai penipisan darah), boleh meningkatkan kecenderungan lebam. Selain itu, aspirin juga menyebabkan berlaku kesan yang sama pada kulit. 

person point two fingers forward

Bukan itu sahaja, gangguan pendarahan tertentu seperti penyakit hemofilia dan Von Willebrand, boleh menyebabkan seseorang mengalami lebam lebih mudah. Keadaan ini disebabkan oleh ketiadaan beberapa faktor pembekuan (protein) dalam darah. Hemofilia adalah keadaan yang jarang berlaku yang biasanya diwarisi dan kebanyakannya mempengaruhi lelaki. Penyakit Von Willebrand adalah jenis gangguan pendarahan yang paling biasa di Amerika Syarikat dan mempengaruhi kedua-dua lelaki dan perempuan.

Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan kecenderungan untuk mengalami lebam. Hal ini kerana, Vitamin B12, C dan K, atau asid folik memainkan peranan dalam keupayaan darah untuk membeku.

Kesimpulan

Lebam boleh berlaku pada usia apa-apa. Sesetengah lebam muncul dengan kesakitan yang sangat sedikit, dan anda mungkin tidak dapat melihatnya. Walaupun lebam adalah perkara biasa, adalah penting untuk mengetahui pilihan rawatan anda dan sama ada keadaan anda memerlukan perhatian perubatan kecemasan. Jadi, bagi anda yang sering mempunyai lebam pada kulit, pastikan anda segera berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat dan perubatan yang lebih terperinci. Selamat mencuba!

Sumber: Healthline , Medical News Today