Lina Rosli Diterbitkan 4 September 2019

#TAJResepi – Sediakan Oden Anda Sendiri Di Rumah

Sebelum ini, masakan oden atau steamboat tomyam ini menjadi sangat popular untuk individu di Malaysia. Jika kita lihat, akan ada ramai orang sanggup beratur dan menunggu giliran bagi mendapatkan oden di Family Mart.

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda resepi cepat dan mudah untuk anda sediakan di rumah.

Bahan-bahan untuk Sup:

  • 1 paket kecil Perencah Tomyam
  • 2 paket kecil Perencah Asam Pedas
  • 1 kiub Tomyam
  • 1.5 liter air masak
  • Stok udang (ambil kepala sahaja)
  • Bawang Merah (besar)
  • Cili api

Bahan-bahan untuk Steamboat:

  • Lobak Merah (hiris tebal)
  • Cendawan Tiram Putih 
  • Cendawan Shiitake
  • Cendawan Jarum
  • Brokoli
  • Kobis bunga
  • Sayur Kangkung
  • Bebola Daging, Ayam, Udang, Ikan atau Ketam

Cara memasak:

  1. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan kepala udang ke dalam air rebusan yang mendidih.
  3. Tunggu sehingga kepala udang menjadi merah dan air udang keluar dari kepala udang untuk dijadikan stok.
  4. Apabila air stok sudah mendidih, masukkan perencah asam pedas, perencah tomyum dan kiub pati tomyam. Tunggu sehingga kesemua perencah masak dan keluar minyak.
  5. Selepas keluar minyak, anda boleh masukkan bahan-bahan steamboat satu persatu mengikut citarasa anda.
  6. Kacau seketika dan kemudian tunggu sehingga kesemua bahan masak dan boleh dimakan. Selamat mencuba!