#TAJFesyen – 10 Pilihan Kasut Sneakers Untuk Tahun 2019
Kebanyakkan orang lebih gemar menggayakan sneakers untuk gaya harian. Terdapat pelbagai gaya kasut yang anda boleh dapati dalam pasaran sekarang. Ia boleh kelihatan santai dan formal mengikut penggayaan anda. Bukan itu sahaja, ramai dalam kalangan selebriti yang kini turut memakai sneakers untuk pelbagai jenis jenama termasuk Nike, Skechers, Adidas, Puma, Vans, dan banyak lagi.
Mari kita lihat antara senarai jenis dan jenama kasut yang kini menjadi pilihan ramai individu masa kini, iaitu:
Vans OG Old Skool LX Suede
Mengapa gaya ini agak popular dalam kalangan peminat sneakers? Hal ini kerana, ia kelihatan lebih minimal dan ranggi yang mana tidak kelihatan sangat sporty atau klasik. Bahkan, ia juga mempunyai aura yang sangat elegan ketika memakainya. Tambahan lagi, kasut ini agak mudah untuk di gayakan dengan apa-apa sahaja jenis pakaian sekaligus boleh digunakan di pelbagai jenis acara.
Adidas Originals Ultra Boost
Ramai individu menyatakan bahawa Adidas Ultra Boost mempunyai reka bentuk yang sangat bergaya, selain sesuai untuk dipakai sewaktu bersukan, bekerja atau sewaktu berjalan kasual. Ia juga sangat ringan dan sangat selesa yang mana ia membuatkan langkah anda terasa lebih mudah dan bertenaga.
Nike Running Epic React Flyknit
Nike Epic React Flyknit 2 hadir dengan rekaan yang sangat menarik. Ia juga sangat ringan dan kelihatan kasual. Bagi anda yang mementingkan keselesaan, teknologi Nike React mempunyai tapak yang lembut dan responsif, untuk keselesaan yang berlangsung selama anda berjalan.
Adidas Ultra Boost X By Stella McCartney
Adidas bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis produk atau kasut untuk berlari, bersuka dan berjalan, malah Adidas turut hadir dengan rekaan cover-up oleh Stella McCartney untuk pasaran sukan wanita. Koleksi ini menggabungkan reka bentuk unik Stella selain mewujudkan produk sukan yang mempunyai fungsi yang hebat.
Nike Air Force 1 High Top
Jika anda lihat di arena web, ramai yang telah memberikan ulasan menyatakan bahawa mereka sangat mengesyorkan Nike Air Force 1 07 kepada keluarga, kawan, dan kenalan mereka. Mengikut beberapa pemakai, Nike Air Force 1, terutama yang monokromatik, cukup serba boleh dipakai dengan untuk aktiviti luar selain kelihatan separa formal.
Nike Air Max 270
Seperti Epic React Flyknit 2, model Air Max cukup dikenali dengan keselesaan sewaktu memakainya selain membantu sokongan penuh pada badan dan amat ringan sewaktu berjalan. Bagi mereka yang mempunyai kaki lebar, anda perlu memilih untuk saiz setengah lebih besar untuk penggayaan yang lebih selesa.
Nike Blazer Low LX
Rekaan Nike Blazer Low LX ini menampilkan ciri-ciri klasik, yang mana ia amat sesuai untuk para wanita yang ingin menyampaikan gaya terperinci dan prestasi berkualiti. Nike Blazer Low LX ini juga membawakan imej kewanitaan pada kasut dengan daya tarikannya yang lebih menarik tanpa memberi kesan tidak selesa kepada pemakai.
Puma Suede
Suede Classic dari Puma boleh didapati pada harga yang lebih murah berbanding yang lain. Ramai pengguna mengatakan kasut ini amat selesa dan sesuai untuk digayakan untuk pelbagai acara atau majlis. Suede Classic boleh didapati dalam pelbagai warna.
Adidas Prophere Shoes
Adidas Prophere Shoes mempunyai bahagian atas tebal yang mana ia sesuai untuk cuaca sejuk kerana ia memberikan rasa panas pada kaki. Selain itu, kasut ini mudah untuk gaya dan mudah berjalan.
Skechers GOwalk 5
Tidak seperti kasut atau sneakers yang lain, Skechers mempunyai rekaan yang lebih ringkas dan minimal. Ia bukan sahaja kelihatan feminin, malah ia juga amat sesuai digayakan dengan baju kurung atau apa jua pakaian seperti skirt atau dress labuh.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai jenama dan gaya kasut yang boleh ada cuba dan beli untuk kegunaan harian anda. Ia bergantung kepada keselesaan dan kegunaan anda. Anda juga boleh memilih untuk tampil lebih trendy atau klasik. Di harap, dengan perkongsian ini, ia dapat membantu anda memilih kasut dengan lebih cepat dan mudah.