#TAJSuggest – Dapatkan Diskaun Di Sephora Bersempena Beauty Pass Sale
Jika senarai produk yang anda inginkan semakin bertambah, jadi ini adalah masa untuk anda mendapatkan kesemua barangan yang anda mahukan pada harga yang lebih rendah. Sehingga 8 September ini, Sephora mengadakan jualan secara besar-besaran bagi semua ahli kad Gold dan Black Card yang mana anda boleh menikmati diskaun 20% di semua cawangan Sephora berdekatan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menerima Sephora Stay Gold Coffee Cup edisi terhad tanpa memerlukan perbelanjaan minimum di aplikasi mudah alih Sephora Malaysia atau di kedai-kedai sewaktu Beauty Pass Sale.
Antara produk kecantikan dan barangan yang boleh anda dapatkan termasuk Anastasia Beverly Hills, Fenty Beauty, MAC, Becca, DIOR dan bermacam-macam lagi pada harga yang lebih rendah menerusi diskaun yang diberikan. Bagi mendapatkan diskaun yang menarik, dapatkan Beauty Pass bermula hari ini.
Jika anda belum lagi ahli kad Sephora Gold atau Black, ini adalah masa terbaik untuk menjadi salah seorang daripada ahli Sephora. Anda boleh mendaftar sama ada dalam talian atau di kedai.