Nikmati udara segar di tempat-tempat menarik sambil mengambil gambar bersama rakan-rakan dengan latar belakang hiasan yang menarik ketika hujung minggu pasti amat menyeronokkan. Namun, tidak semua orang ingin melakukan aktiviti yang sama pada waktu tertentu. Bagi memastikan semua orang untuk bersetuju dengan apa yang perlu dilakukan adalah sangat rumit. Sesetengah orang mungkin mahu berehat, sesetengah orang mungkin mahu mencuba sesuatu yang baru, dan sesetengah orang mungkin tidak mahu melakukan apa-apa.

Oleh itu, anda harus mencari aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama individu selain tidak menggunakan bajet atau kos yang terlalu besar. Tidak kira di mana anda tinggal, terdapat banyak tempat untuk pergi dan melakukan perkara yang menyeronokkan tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak.

Berikut adalah beberapa alternatif hebat yang boleh anda tawarkan:

Berkunjung ke KL Forest Eco Park

Nikmati suasana nyaman dan segar di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sambil mengamati kehidupan burung di hutan kayu tropika ini. KL Forest Eco Park mempunyai keluasan sehingga 9.37 hektar di tengah-tengah bandaraya. Salah satu hutan terlindung tertua di Malaysia (diwartakan pada 1906), taman ini dikenali sebagai Bukit Nanas.

brown and black bridge surrounded by green-leafed trees

Bagi anda yang berminat untuk mengunjungi taman ini, anda boleh mencuba berjalan di hutan kanopi sambil menikmati suasana hijau di sana. Anda boleh mula berkunjung seawal jam 7.00 pagi sehingga 6.00 petang setiap hari. Masuk adalah percuma.

Kuala Lumpur Heritage Walk

Bagi yang anda yang suka akan reka bentuk bangunan lama dan mempunyai sejarah, anda boleh berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat bangunan bersejarah pada zaman kolonial yang terkenal di sekitar Dataran Merdeka.

white concrete building

Destinasi pertama anda bermula di Lebuh Pasar Besar yang menempatkan beberapa bangunan bersejarah seperti Bangunan Loke Yew, Muzium Tekstil Negara, Masjid Jamek, Mahkamah Majistret, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad. 

Melawat Taman Botanika Perdana Kuala Lumpur

Taman ini berkeluasan sehingga 220 hectar yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Di antara tarikan yang boleh anda nantikan adalah Perdana Lake Gardens. Ia menampilkan hiasan arca yang menarik termasuk arca Stonehenge England. Selain itu, terdapat beberapa taman lain di dalamnya iaitu Taman Rama-rama dan Taman Orkid.

aerial photograph of green plants

Taman ini dijaga dan dipelopori oleh bendahari negeri Selangor iaitu A.R. Venning. Ia telah dibangunkan mengikut citarasa dan imaginasi Venning yang mana ia menempatkan sebuah muzium dan beberapa pavilion berasaskan alam semula jadi. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Taman Botanika Perdana ini.

Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara

Anda juga boleh melawat galeri seni dan muzium yang terletak di Sasana Kijang. Di sana, anda boleh mempelajari hal tentang sejarah dan ekonomi di Malaysia. Selain itu, terdapat juga maklumat mengenai perbankan Islam, galeri yang memaparkan hasil seni kontemporari dan banyak lagi. 

beige building under starry night

Muzium ini terbahagi kepada 6 galeri iaitu Galeri Seni, Galeri Perbankan Islam, Galeri Numismatik, Galeri Kanak-kanak, Galeri Ekonomi dan Galeri Bank Negara Malaysia. Bagi anda yang berminat, tiket masuk adalah percuma.

Suasana Malam Di The River of Life

Sebelum anda menamatkan cuti hujung minggu anda, anda boleh berkunjung ke pinggir tasik yang terletak di Jalan Tun Perak. Di sana, anda boleh melihat pemandangan tasik dengan pancuran dengan lampu yang cantik. Pada jam 8.00 malam, tasik ini akan mula menyalakan lampu serta muzik yang bersesuaian dengan keindahan pemandangan di sekitar tasik itu.

Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.