Carian
#TAJMakan – Restoran Ikan Bakar Yang Boleh Anda Cuba Di Sekitar Selangor
September 10, 2019 Lina Rosli

#TAJMakan – Restoran Ikan Bakar Yang Boleh Anda Cuba Di Sekitar Selangor

Menu ikan bakar sudah tidak asing lagi bagi masyarakat di Malaysia. Hidangan ini sering dinikmati pada bila-bila waktu terutama ketika makan tengahari dan makan malam. Teknik bakar ini adalah salah satu kaedah masak yang menggunakan dapur arang dan dimasak di atas api secara terus. Ia merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan ramai apabila berkunjung ke sesuatu tempat. Kebiasaannya, keenakan ikan bakar ini bergantung kepada penyediaan kuah yang dimasak bersama ikan. 

fish being grilled

Bagi anda yang menggemari makanan laut atau ikan yang dibakar panas-panas, anda boleh mendapatkannya di sekitar Malaysia. Namun, hari ini Tajria akan berkongsikan beberapa tempat di kawasan yang memfokuskan Selangor dan Kuala Lumpur. 

Ana Ikan Bakar Petai, Bangi dan Shah Alam

Jika anda peminat ikan bakar pasti nama Ana Ikan Bakar Petai sudah sinonim dengan pilihan anda. Ana Ikan Bakar Petai mendapat populariti yang sangat besar sejak pembukaannya di beberapa buah cawangan di Bangi, Shah Alam dan Kuantan. Menu istimewa di restoran ini adalah ikan pari bakar petai yang mana hidangan unik ini menampilkan ikan yang dibakar bersama-sama dengan petai dan dibalut dengan daun pisang. Jika anda ingin mencuba beberapa ikan panggang yang berbeza-biasa-biasa, maka ini adalah tempat yang sesuai menjadi pilihan anda sekeluarga.

Alamat: Lot 29991, Persiaran Kemajuan, (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

1, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Imej mungkin mengandungi: teks dan makanan

Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Gerai Seri Menanti atau Ikan Bakar Jalan Bellamy adalah satu nama yang tidak asing lagi kepada peminat tegar ikan bakar di Kuala Lumpur. Medan selera ini sememangnya menghidangkan pelbagai juadah ikan bakar yang menyelerakan. Ia bukan sahaja menghidangkan ikan bakar yang lazat malah terdapat juga makanan laut seperti sotong dan udang besar pada harga yang berpatutan.

Alamat: Lorong Bellamy & Jalan Istana, Bukit Petaling, 50460 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Tiada penerangan foto disediakan.

Restoran Arang Ikan Bakar, Shah Alam

Imej mungkin mengandungi: makanan
Sumber: Facebook Restoran Arang Ikan Bakar

Bagi anda yang menggemari hidangan air asam yang pelbagai, anda mungkin akan berminat untuk berkunjung ke Restoran Arang Ikan Bakar. Ia menyediakan 7 pilihan air asam iaitu air asam biasa, air asam kerisik, air asam Kedah, sambal belacan, sambal quinin, sambal tempoyak dan cili kicap. Selain itu, bagi penggemar kopi pula, restoran ini turut menyediakan minuman khas yang pasti melegakan tekak anda yang kehausan iaitu Arang Tapao Coffee. Ia amat bersesuaian dengan citarasa penggemar kopi di luar sana.

Alamat: No.49 Jalan Keluli AL 7/AL, Pusat Perniagaan , Bukit Raja, 40000 Shah Alam, Selangor

Zam Ikan Bakar, Cyberjaya

Kedai ini menampilkan pelbagai jenis ikan bakar, sotong bakar, ayam, puyuh dan macam-macam pilihan lauk yang terbaik dan berpatutan. Selain itu, ia juga menyediakan variasi pilihan makanan laut yang segar untuk anda nikmati.

Alamat: Medan Selera Terminal Bas, 63000 Cyberjaya, Kuala Lumpur

Imej mungkin mengandungi: makanan dan teks

Restoran Sambal Hijau, Kg. Sungai Penchala

Restoran Sambal Hijau menyediakan lebih 100 jenis masakan istimewa untuk dinikmati setiap hari. Anda boleh mendapatkan pelbagai hidangan yang amat menyelerakan seperti hidangan ikan keli bakar, kerabu mangga, ikan patin masak tempoyak dari Pahang dan macam-macam juadah makanan melayu yang lain. Restoran ini agak sesak sewaktu makan tengahari. Jadi bagi anda yang ingin mencuba hidangan di sini, anda boleh datang lebih awal bagi mendapatkan tempat yang lebih selesa.

Alamat: Lot 2990, Kampung Sungai Penchala, (Sebelah Masjid Kuning), Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia

Komen