Carian
#TAJDeko – 5 Pilihan Warna Yang Sesuai Untuk Ruangan Dapur
September 10, 2019 Lina Rosli

#TAJDeko – 5 Pilihan Warna Yang Sesuai Untuk Ruangan Dapur

Pemilihan warna cat untuk ruangan dapur merupakan proses yang amat merumitkan tambah lagi jika anda mempunyai ruang yang terhad. Apabila anda menghiasi dapur anda, pasti anda mahu menjadikan ruangan memasak anda istimewa. Ia bukan sahaja menaikkan semangat untuk anda melakukan aktiviti di dapur malah ia juga menjadikan masa anda di dapur lebih bermakna,

Kebiasannya, majoriti individu lebih gemar untuk menggunakan warna-warna yang lebih tenang dan lembut. Oleh itu, anda disarankan untuk memilih warna-warna seperti putih, kelabu, biru, merah, kuning, dan hijau. Setiap warna ini mempunyai fungsi dan perasaan yang berbeza sama ada ia membantu mewujudkan suasana yang hangat dan mesra.

Kelabu

cooking pots on stove

Kelabu adalah warna neutral yang menjadi pilihan ramai orang pada masa kini. Ia  merupakan salah satu warna asas yang boleh dipadankan dengan kebanyakkan warna lain sepeti putih, biru dan macam-macam lagi. Ia juga berfungsi dengan baik sebagai warna dinding dapur, meja atau kabinet. 

Untuk kontras yang lebih kuat, elakkan daripada menggunakan warna yang terlampau banyak kerana ia boleh membuatkan bilik terasa lebih kecil. Jadi anda mungkin ingin mengimbangi sesuatu dengan lantai dan dinding yang neutral.

Biru

dining table beside window

Biru juga merupakan salah satu warna yang berfungsi dengan baik di dapur. Apabila ada menjadikan warna biru sebagai pilihan, ia menjadikan ruangan dapur anda kelihatan bersih dan lebih mesra. Biru adalah warna yang menyegarkan dan berfungsi dengan baik apabila dijadikan sebagai warna utama di dapur anda. Selain itu, biru gelap juga berfungsi dengan baik di dapur, tetapi ia amat penting untuk anda meletakkan pencahayaan yang baik bagi menyerlahkan seluruh bilik  untuk memastikan ia tidak terlalu suram dan gelap.

Kuning

Seperti sinaran cahaya matahari, kuning dapat mencerahkan ruangan dapur anda dengan serta-merta. Menurut sesetengah orang, mereka mengatakan warna kuning dipercayai membuatkan orang lebih lapar yang mana ia dapat menimbulkan rasa semangat untuk makan. Kuning juga boleh mewujudkan suasana yang menenangkan dan bahagia di dapur anda. Pilihan yang baik untuk ruang kecil, kuning boleh membuat bilik berasa lebih besar dan lebih cerah, selain amat sesuai dengan warna putih dan kelabu.

cooked food on pan and sliced vegetables

Hijau

Tidak banyak individu yang meletakkan warna hijau sebagai pilihan warna untuk dapur mereka. Terdapat banyak pilihan warna hijau yang berbeza untuk dipilih. Tambahan, warna ini juga sesuai untuk dipadankan dengan warna kabinet kayu di rumah anda. Ia bukan sahaja mempamerkan imej yang lebih klasik malah ia turut memberikan suasana yang lebih produktif sewaktu melakukan aktiviti di dapur. Pilihan warna ini merupakan sebuah pilihan yang menarik untuk tahun 2019 ini.

Putih

Kebanyakan orang gemar menggunakan warna putih sebagai warna utama di dapur mereka. Hal ini kerana, warna putih memberikan imej atau gambaran yang lebih suci dan bersih selain menampakkan imej ruang yang lebih besar. Suasana yang segar dan tenang akan membuat anda tidak mahu keluar dari ruangan tersebut. Anda juga boleh memadankan warna putih dengan pelbagai warna lain yang bersesuaian termasuk biru, kuning, hijau dan kelabu.

Kesimpulan

Dapur anda sepatutnya dijadikan sebagai ruang persendirian anda yang mana boleh membuatkan anda rasa senang dan bahagia setiap kali anda masuk ke dalamnya. Terokai dan pilih warna yang paling bersesuaian dengan citarasa anda agar tidak mengganggu aktiviti di dapur. Perlu diingat bahawa warna popular akan lebih mudah dicari, terutamanya jika anda mencari aksesori dan kabinet yang anda ingin letakkan di dapur. Selamat mencuba!

Komen