#TAJSuggest – 5 Perkara Yang Anda Perlu Lakukan Sewaktu Jerebu
Sejak kebelakangan ini, cuaca di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan beberapa buah negeri lain agak terjejas. Hal ini, anda perlu memastikan segala persediaan menghadapi jerebu perlu dilaksanakan.
Berikut adalah beberapa tips yang perlu anda buat sewaktu musim jerebu ini.
Beli Topeng Muka Yang Betul
Anda perlu mendapatkan topeng yang betul, iaitu topeng N95. Gunakan topeng yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Topeng yang tidak disahkan oleh KKM mungkin tidak memberikan perlindungan yang mencukupi kepada anda. Gunakan topeng N95 kerana ia mampu menghalang partikel jerebu di udara daripada dihidu. Walau bagaimanapun, N95 tidak melindungi anda daripada wap kimia, gas, karbon monoksida, petrol, asbestos, plumbum atau persekitaran oksigen yang rendah.

Minum Banyak Air
Anda perlu mendapatkan jumlah air yang banyak sewaktu jerebu ini. Hal ini bertujuan untuk mengekalkan kesihatan tubuh anda selain membantu buah pinggang anda membuang toksin. Ia juga akan membantu anda terus terhidrat sepanjang hari.
Mengambil buah-buahan segar dan sayur-sayuran
Anda perlu mendapatkan makanan yang sihat dan seimbang. Bukan itu sahja, anda digalakkan untuk menambah pengambilan makanan seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Dengan ini, ia akan meningkatkan imuniti anda, selain menguatkan paru-paru anda. Pastikan anda mencuci makanan mentah dengan baik sebelum anda memakannya.
Membersihkan Penapis Udara dan Pembersih Udara Di Rumah
Sekiranya anda menggunakan penghawa dingin, pastikan anda membersihkan penapis sebaik mungkin. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan pembersih udara. Pembersih udara juga akan mengekalkan kualiti udara yang tinggi di rumah anda.
Berjumpa Dengan Doktor
Bagi anda yang mengalami simptom kegatalan tekak, selsema atau batuk-batuk akibat terhidu asap jerebu, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan nasihat dan rawatan doktor. Hal ini bagi mengelakkan masalah kesihatan tersebut dari berlarutan dan menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Anda akan terkejut betapa cepatnya masalah kesihatan dapat meningkat jika anda sentiasa terdedah kepada perengsa di udara yang anda nafas.