#TAJSihat – Senaman Ringkas Yang Anda Boleh Lakukan Di Tempat Kerja
Bekerja 40 jam seminggu atau lebih kadangkala agak memenatkan. Tambahan lagi jika tiba musim penyerahan projek atau banyak backlogs yang perlu anda selesaikan. Untuk yang sudah berkeluarga, selepas habis kerja pula anda perlu membantu anak-anak anda menyelesaikan kerja rumah mereka, memasak makan malam, dan macam-macam lagi. Rata-rata, ramai dalam kalangan anda menghabiskan masa kira-kira 9.5 jam sehari duduk di atas kerusi jika di bandingkan anda hanya menghabiskan kira-kira 7.5 jam tidur dan baring di atas katil secara purata. Ia adalah rutin yang sama setiap hari.
Sewaktu kerja di pejabat pula, ia melibatkan tempoh masa yang panjang di meja. Bagi sesetengah orang, ia boleh dikatakan sepanjang hari. Walaupun terdapat banyak produk ergonomik, namun ia masih menjadi masalah untuk sesetengah individu di pejabat. Oleh itu, Tajria hari ini berkongsi kepada anda tips dan senaman ringkas yang anda boleh lakukan di tempat kerja.
Putaran buku lali
Latihan ini dapat menguatkan fleksibiliti di pergelangan kaki anda selain mengurangkan kesakitan pada bahagian kaki. Putarkan atau pusingkan pergelangan kaki anda di kedua-dua arah selama lima saat. Lakukan selama lapan kali untuk setiap arah.
Leaning Plank
Latihan ini memerlukan anda bangun dari kerusi meja anda. Anda boleh bergerak ke kawasan yang lapang untuk bersandar. Ini adalah satu variasi dalam latihan plank, yang memerlukan anda sekurang-kurangnya satu kaki jauh dari dinding dan kemudian bersandar ke depan dengan menggunakan hanya lengan bawah anda untuk sokongan.
Pukulan Angin atau Shadow Boxing
Bukan sahaja latihan ini akan meningkatkan kadar degupan jantung anda dan meningkatkan kekuatan kardio, malah ia juga mengurangkan kadar tekanan diri. Anda boleh memulakan teknik ini dengan cara menaikkan tangan anda di depan muka anda dalam kedudukan tinju – semasa anda duduk jauh dari komputer anda. Genggam tangan anda ke hadapan di udara, seolah-olah anda menggunakan beg meninju, beralih ke belakang dan lengan kanan ke kiri. Lakukan ini selama 30 saat dan ulang sehingga anda berasa lega.
Renggangan Tangan
Banyak latihan tangan boleh dilakukan sambil duduk di meja anda. Anda juga boleh meregangkan otot-otot di lengan kanan atau kiri sehingga mencapai bahagian yang bertentangan. Anda disarankan supaya tangan anda berada dalam keadaan lurus untuk mendapatkan regangan terbaik yang boleh anda lakukan. Lakukan senaman ini selama lima saat selama lapan kali berturut-turut untuk kedua-dua tangan.
Pusingkan Pinggang Anda
Ini adalah senaman yang paling mudah untuk dilakukan. Anda boleh meletakkan tangan di pinggang anda dan berpusing sambil duduk. Pastikan anda berada dalam kedudukan yang betul yang mana anda duduk dengan lebar peha kaki anda dan lutut anda bengkok di pinggir kerusi. Pusing sejauh mana yang boleh dan tahan selama lima saat, kemudian ulangi di sebelah kanan. Dapatkan sandaran kerusi sebagai sokongan tambahan.
Kesimpulan
Rehatkan badan anda seketika. Elakkan dari duduk yang berpanjangan agar tulang belakang anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Amalkan senaman di atas supaya hari anda menjadi lebih produktif. Selamat mencuba!