Pancakes sering dianggap menu sewaktu hujung minggu, walaupun hakikatnya cara penyediaannya agak ringkas dan mudah. Bagi anda yang berminat, anda boleh membuat dan menyediakan pancake mengikut rasa (flavour) kesukaan anda.

chocolate pancake served in white and black plate

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu
  • 1 telur besar
  • 2 sudu minyak sayuran
  • 1 cawan tepung serba guna
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 garam sudu teh
  • Gula atau sirap maple

Cara Memasak

1. Campurkan bahan-bahan di atas seperti tepung, gula, serbuk penaik, dan garam. di dalam satu mangkuk besar. Letakkan susu, telur, dan minyak dalam mangkuk yang berasingan dan kacau sehingga sebati

2. Campur dan gabungkan kedua-dua bahan yang telah disediakan. Gaulkan kesemua bahan selama 2 minit. Kemudian, biarkan adunan sehingga 10 minit.

3. Panaskan kuali (non-stick) dan biarkan suhu api dalam panas sederhana.

4. Masakkan pancake di dalam kuali selama 2 hingga 3 minit. Tambah 1 sudu teh minyak sayur ke kualit. Masak sehingga gelembung muncul di permukaan pancake dan bahagian bawah berwarna coklat keemasan.

5. Terbalikkan dan masak selama 2 hingga 3 minit lagi. Ulangi langkah 4 sehingga adunan itu siap. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

171 artikel di Tajria.