#TAJFesyen – Aksesori Yang Sesuai Digayakan Untuk Ke Pejabat
Mungkin dalam kalangan anda ingin bergaya tapi tidak tahu aksesori apa yang patut anda pakai apabila ingin ke pejabat atau pergi ke tempat formal. Aksesori tambahan ini tidak di boleh dipakai secara agresif atau terlampau banyak. Hal ini kerana, ia akan terlihat terlalu sarat dan keterlaluan untuk digayakan di tempat formal.
Terdapat pekerjaan yang membolehkan anda memakai pakaian kasual, namun ada segelintir syarikat yang telah menetapkan peraturan cara berpakaian yang harus dipatuhi. Jadi, aksesori apa yang boleh kita pakai di tempat kerja? Berikut adalah senarai saya mesti mempunyai aksesori untuk kelihatan profesional namun masih bergaya!
Skarf Atau Selendang
Bagi anda yang memakai tudung, anda mungkin menjadikan skarf sebagai aksesori anda. Ia boleh digunakan atau dipakai mengikut kesesuaian atau citarasa anda. Terdapat pelbagai gaya yang boleh digayakan bagi menyerlahkan karisma dan imej anda. Selain dipakai di kepala, anda juga boleh mengikat selendang di bahagian leher, diletakkan dibahu juga diikat di beg tangan anda. Namun, harus diingatkan, pilihan warna yang dipilih seharusnya tidak terlampau berbeza dengan tona pakaian anda yang lain.
Barang kemas
Mungkin dalam kalangan anda gemar untuk memakai barang kemas. Jika anda lihat di pasaran, terdapat pelbagai jenis barang kemas yang boleh anda dapati. Ia mempunyai bermaca-macam jenis corak, bahan dan warna yang anda boleh pilih. Antara barang kemas yang anda boleh pakai termasuk anting-anting, gelang, rantai dan cincin. Walaubagaimanapun, anda digalakkan untuk tidak memakai barang kemas yang berlebihan supaya ia tidak mengganggu gaya pemakaian anda pada hari tersebut.
Rambut dan solekan
Terdapat banyak cara untuk gaya rambut untuk pergi ke kerja. Terdapat beberapa pilihan yang bergaya untuk anda padankan dengan outfit anda. Sebagai contoh, jika solekan anda agak berat, pilihlah gaya rambut yang lebih feminine. Dengan ini, ia akan menjadikan anda lebih menarik, profesional, dan menyerlah.
Jam Tangan
Jam adalah kemestian di pakaian pejabat. Apabila memakai gelang bersama dengan jam tangan anda, ia dapat membantu meningkatkan gaya anda di bahagian pergelangan tangan dan dan membuat padanan warna yang lebih baik.
Tali pinggang
Kebiasaannya, pemakaian tali pinggang sudah agak sinonim dengan kebanyakkan individu. Namun, untuk tampil lagi bergaya anda boleh menggunakan tali pinggang yang lebih cantik dan versatil. Tali pinggang ini bukan sahaja boleh dipakai sewaktu menggayakan seluar, malah ia juga boleh dipakai bersama-sama dengan dress atau baju labuh.
Kesimpulan
Oleh itu, tips untuk fesyen hari ini, jangan beli sesuatu untuk satu masa sahaja. Jangan membeli atau menyimpan sesuatu yang tidak sesuai dengan gaya anda. Jangan membeli sesuatu hanya kerana ia murah. Apabila anda membeli sesuatu, pastikan anda tahu bagaiman untuk menggayakannya. Selamat mencuba!