Jenis Brush Make Up Dan Fungsinya
Untuk orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia make up, setiap perkara dalam make up kena belajar dengan betul, contohnya teknik make up mata, pakai foundation dengan betul dan sebagainya. Untuk mahir dalam itu semua, korang harus mahir juga dalam mengetahui fungsi setiap berus dan cara menggunakannya. Macam-macam berus ada, berus untuk blend eyeshadow, berus untuk blusher, contour dan banyak lagi! Percaya atau tidak, kalau pakai berus yang salah semasa make up, kemungkinan hasil make up tidak berapa kemas. Sebab tu korang make up macam ada je yang tak kena! Harini Tajria kongsikan untuk korang, fungsi setiap berus yang korang perlu tahu!
FOUNDATION BRUSH
Untuk memakai foundation, ramai juga yang memilih untuk menggunakan brush berbanding make up sponge untuk memakai foundation. Tidak ada salah dan yang betul sebenarnya, semua mengikut keselesaan masing-masing. Untuk foundation brush, korang boleh gunakan buffer brush, dimana permukaan brush itu rata membolehkan foundation untuk ‘melekat’ di atas kulit. Tips untuk pakai brush ini, letak foundation sikit demi sikit di atas muka dan blend. Apabila nampak garisan-garisan panjang, jangan risau tapi ambil make up sponge, dab dan ratakan foundation.
Sumber : Morphe Brushes
CONCEALER BRUSH
Kenapa pakai concealer kena pakai brush, bukan blend pakai sponge? Sebenarnya, fungsi concealer brush ini untuk digunakan di kawasan yang ada ketidaksempurnaan seperti nak tutup parut jerawat, jerawat dan juga tanda lahir. Permukaan brush concealer ini kecil dan padat membolehkan korang untuk memberi coverage yang lebih tebal ke atas ketidaksempurnaan tadi.
Sumber : Morphe Brushes
ANGLED BRUSH
Angled brush ini adalah berus yang kecil dan nipis, serta mempunyai potongan separuh. Membuatkan ia dinamakan sebagai angled brush. Brush ini korang boleh gunakan untuk melukis kening, dan mewarnakan kening di dalam ‘frame’. Selain itu juga, angled brush ini korang boleh guna untuk membuat winged eyeliner dengan lebih kemas dan mudah!
Sumber : Morphe Brushes
EYESHADOW BRUSH
Eyeshadow brush ada banyak jenis, yang kecil dan padat, kecil dna sedikit bujur dan macam-macam lagi. Fungsinya sama, untuk mengambil pigment eyeshadow dengan kuantiti yang tepat untuk diletakkan di kelopak mata. Jika inginkan eyeshadow yang tajam dan mempunyai bentuk seperti cat eyes, ia memerlukan brush yang lebih nipis dan tajam.
Sumber : Morphe Brushes
BLENDING BRUSH
Blending brush pula digunakan untuk lembutkan warna pigment eyeshadow yang telah diletakkan di mata tadi. Permukaan blending brush ini biasanya kecil, akan tetapi berus lebih kembang. Apabila gunakan blending brush, dan blend eyeshadow ia akan kelihatan lebih lembut dan sekata. Sangat penting untuk blend eyeshadow supaya tidak kelihatan bertompok dan bukan sahaja untuk mata, tetapi kornag boleh juga blend contour hidung serta pipi.
Sumber : Morphe Brushes
FLAT CONTOUR BRUSH
Flat contour brush biasanya digunakan untuk contour muka sepaya kelihatan lebih kurus. Permukaan contour brush ini panjang serta nipis untuk memudahkan korang contour di hidung dan pipi menampakkan garisan contour itu. Akan tetapi korang perlu berhati-hati gunakan brush ini supaya tidak nampak harsh di muka. Sebaik sahaja contour, segera blend garisan tadi dengan blending brush.
Sumber : Morphe Brushes
BRONZER BRUSH
Bronzer brush digunakan untuk memakai bronzer di muka untuk menaikkan seri wajah. Permukaan bronzer brush ini seakan blusher brush dengan hujungnya yang sedikit muncung. Korang harus ingat, contour dan bronzer dua perkara yang berbeza. Contour menggunakan warna coklat yang lebih gelap, akan tetapi bronzer menggunakan warna coklat yang lebih terang.
Sumber : Morphe Brushes
FAN BRUSH
Fan brush ini digunakan untuk memakai highlighter di muka untuk menampakkan kesan muka yang sihat serta glowing! Bentuk brush ini sama seperti kipas yang membuatkan ia dipanggil fan brush. Untuk gunakan brush ini, lalukan sahaja di atas di atas cheekbone untuk menampakkan efek glowing itu.
Sumber : Morphe Brushes
BLUSHER BRUSH
Blusher brush ini sama seperti bronzer brush dimana permukaan brush sedikit muncung di hujung. Digunakan untuk memakai blusher di muka supaya muka nampak lebih berseri. Dengan hujung brush yang lebih muncung, ia dapat fokuskan ke bahagian tertentu seperti bawah mata. Blusher harus dipakai di bawah mata juga tau, untuk mengelakkan nampak jarak antara mata dan pipi.
Sumber : Morphe Brushes
POWDER BRUSH
Untuk powder brush, permukaan brush lebih besar dan gebu untuk membolehkan brush mengambil bedak yang halus untuk seluruh muka. Selain itu juga, powder brush yang besar ini digunakan untuk menghilangkan lebihan bedak jika korang menggunakan teknik ‘baking’ di dalam make up rutin korang.
Sumber : Morphe Brushes
Lepas korang dah baca ni mesti dah tau fungsi untuk setiap brush semua ni kan? Semua brush di atas adalah dari jenama Morphe Brushes dimana jenama ini sangat terkenal dengan kualiti brush yang terbaik. Korang boleh beli secara online di website Morphe itu sendiri. Untuk mendapatkan make up yang cantik, korang kenalah sentiasa praktis tau! Banyakkan tengok video make up, cari inspirasi dan praktis.