Carian
#TAJFesyen – Mengapa Butang Baju Perempuan Di Sebelah Kiri Dan Sebaliknya Untuk Lelaki?
September 17, 2019 Lina Rosli

#TAJFesyen – Mengapa Butang Baju Perempuan Di Sebelah Kiri Dan Sebaliknya Untuk Lelaki?

Mungkin ramai yang tidak perasan mengenai perkara ini. Mengapa butang baju wanita dipasangkan di sebelah kiri, manakala butang baju lelaki pula di sebelah kanan? Mengapa berlaku perbezaan untuk perletakkan butang untuk baju kemeja?

A man buttoning up a white shirt

Sebenarnya, tidak ada sebab yang jelas di sebalik norma gaya ini, tetapi terdapat beberapa hipotesis yang munasabah, salah satunya adalah bahawa trend ini ditetapkan oleh wanita elit pada pertengahan tahun 1800-an yang mana para pembantu akan membantu memakaikan pakaian mereka. Butang di sebelah kiri menjadikannya lebih mudah untuk pembantu rumah untuk membutangkan baju tuan mereka.

person holding white floral dress

Bukan itu sahaja, hal ini juga berlaku disebabkan oleh variasi pakaian mereka yang terlalu kompleks dan agak susah untuk dipakai sebagai contoh gaun, korset, petticoats dan bermacam-macam lagi. Oleh itu, wanita-wanita ini memerlukan pembantu untuk membantu mereka memakai sesuatu pakaian tersebut.

Sebaliknya, pakaian lelaki tidak mempunyai banyak komponen yang begitu terperinci seperti fesyen wanita. Oleh itu, lelaki boleh menguruskan butang sendiri tanpa bantuan orang luar. Disebabkan benda ini sudah sinonim dengan fesyen untuk kedua-dua jantina, ia akhirnya menjadi ikutan dari masa ke masa sekaligus menjadi standard yang masih diikuti hingga ke hari ini.

Menurut  Melanie M. Moore, pengasas jenama blaus wanita Elizabeth & Clarke. 

“When buttons were invented in the 13th century they were, like most new technology, very expensive” 

“Wealthy women back then did not dress themselves — their lady’s maid did. Since most people were right-handed, this made it easier for someone standing across from you to button your dress.”

person wearing gray and white striped minidress

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa mengapa butang tersebut dipasang sedemikian adalah bertujuan untuk memudahkan si ibu untuk menyusukan anak. Ada teori mengatakan bahawa kebanyakan wanita atau para ibu adalah pengguna tangan kanan (right-handed) dan mereka biasanya akan memegang dan meletakkan bayi di lengan kiri mereka. Dengan ini, ia menjawab mengapa para pereka fesyen meletakkan butang di sebelah kiri adalah untuk memudahkan mereka membuka baju untuk menyusukan bayi.

Walau bagaimanapun, tidak ada sebab atau alasan yang sebenar mengapa para pereka fesyen masih mengekalkan gaya sedemikian. Malah, ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepada gaya pemakaian seharian anda. 

Sumber: Elle , Insider

Komen