Carian
Penjagaan Kulit Semasa Musim Jerebu
September 18, 2019 Min Ahmad

Penjagaan Kulit Semasa Musim Jerebu

Malaysia ialah negara khatulistiwa yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Namun sejak 20 tahun kebelakangan ini, negara kita juga sering mengalami musim jerebu akibat pembakaran hutan dan ladang secara terbuka oleh negara jiran. Ini mengakibatkan keadaan sekeliling berjerebu teruk dengan bau asap yang kuat. Selain mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan, cuaca yang berjerebu juga mampu memberikan impak negatif kepada kulit.

Pencemaran udara secara amnya, dan jerebu secara khususnya akan memberikan impak berikut kepada kulit anda:

  • Membuatkan kulit menjadi kusam
  • Mengakibatkan liang pori kelihatan lebih ketara, lantas membuatkan ia mudah tersumbat dan seterusnya menyebabkan kemunculan tiny bumps, blackhead dan jerawat
  • Menyebabkan kulit menjadi kering dan terhidrasi
  • Tanda-tanda awal penuaan
  • Hipermigmentasi

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil dalam penjagaan kulit ketika musim jerebu:

 

Lindungi Kulit daripada Pancaran Cahaya Matahari

Krim perlindungan matahari (sunscreen/ sunblock) adalah asas yang paling penting dalam penjagaan dan perlindungan kulit daripada pencemaran. Ia bertindak sebagai lapisan pelindung kepada kulit daripada bahan tercemar dari persekitaran daripada meresap dan menyumbat liang roma. Selain itu, ia melindungi kulit daripada sinar UV. Sinar UV bukan sahaja mampu menggelapkan kulit, malahan mampu menggandakan lagi kesan buruk pencemaran terhadap kulit. 

Oleh yang sedemikan, pastikan anda memakai krim perlindungan matahari sekurang-kurangnya SPF30 sebelum anda keluar rumah dan pastikan anda menyapukan semula krim ini menjelang tengahari sebelum anda keluar makan tengahari.

 

Minum Air Secukupnya

Ketika cuaca panas dan berjerebu, pastikan anda meminum air dengan kuantiti yang disarankan. Air bukan sahaja mampu menghidratkan badan dan kulit, malahan ia mampu menjana  pertumbuhan sel, menambahbaik peredaran air dan oksigen dalam badan serta mengembalikan impak elasisiti kepada kulit. Selain itu air juga mampu menyingkirkan toksin daripada badan melalui buah pinggang. 

 

Bersihkan Kulit dengan Sempurna

Seperti yang diketahui, pendedahan kepada udara yang berjerebu mampu menyumbat liang pori yang seterusnya mampu menimbulkan masalah kulit lain seperti bumps, jerawat dan blackhead. Oleh yang sedemikian, anda digalakkan untuk membersihkan kulit dengan sebaiknya. Tanggalkan solekan sekiranya anda bersolek dan ini hendaklah diikuti dengan mencuci kulit dengan bersih. Dan kaedah yang disarankan untuk membersihkan kulit dengan efektif ialah dengan teknik double cleansing. 

Apakah itu double cleansing? ia bermaksud mencuci kulit anda dengan pencuci berasaskan minyak (oil based cleanser) dan kemudiannya diikuti dengan pencuci berasaskan air (water based cleanser). Pencuci berasaskan minyak seperti balm atau cleansing oil mampu menanggalkan lebihan solekan, krim pelindung cahaya matahari serta membersihkan habuk, kekotoran dan sebum yang terkumpul di wajah jauh ke dalam liang roma. Manakala pencuci berasaskan air mampu membersihkan wajah secara menyeluruh daripada kekotoran yang tertinggal daripada cucian terdahulu.

 

Gunakan Krim Pelembap

Selepas anda mencuci kulit anda, pastikan anda memakai toner, serum yang bersesuaian dengan kulit dan diikuti dengan pelembap wajah untuk menambah baik kandungan lembapan wajah. Lakukan ini dengan rutin setiap pagi dan malam kerana ini dapat mengukuhkan lapisan perlindungan semulajadi kulit dan seterusnya dapat menangkis kesan-kesan buruk pencemaran.

 

Exfoliate Kulit 

Sekiranya anda banyak berada di luar dan terdedah kepada persekitaran, anda digalakkan untuk membuat exfoliation sekali atau dua kali seminggu, bergantung kepada jenis produk dan kulit anda. Exfoliant mampu menyingkirkan lapisan bahan pencemaran, debu dan kotoran terkumpul yang tidak dapat disingkirkan dengan mencuci muka semata-mata. Selain itu, exfoliant juga membuang lapisan kulit mati, menyerlahkan lapisan kulit yang lembut dan membuatkan kulit tampil dengan tona yang sekata.

Ada dua kaedah exfoliation yang boleh anda lakukan, iaitu:

  • Physical exfoliants – Ini adalah kaedah exfoliation secara mekanikal sama ada menggunakan alatan seperti berus muka dan konjac sponge ataupun produk seperti skrub muka. Kaedah ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan penjagaan kulit.
Skrub muka adalah salah satu contoh physical exfoliator. Sumber: Sephora Malaysia
  • Chemical exfoliantsKaedah exfoliation ini adalah dengan menggunakan produk yang mengandungi enzim tumbuhan (papain, bromelain) atau hydroxy acids (AHA dan BHA). Kaedah ini adalah lebih efektif berbanding physical exfoliant namun lebih sesuai kepada mereka yang sudah biasa menggunakan produk berasaskan asid dalam rutin penjagaan kulit.
Peeling adalah salah satu kaedah chemical exfoliation and lebih sesuai kepada pengguna yang mempunyai asas penjagaan kulit yang kukuh. Sumber: Sephora Malaysia

Sekadar peringatan, sekiranya anda yang melakukan physical exfoliation dengan menggunakan skrub muka, elakkan skrub berasaskan pit atau cengkerang kekacang (seperti kernel aprikot atau walnut) kerana ia boleh mengakibatkan micro tear kepada kulit. Pastikan juga anda tidak melakukan skrub lebih daripada 2 kali seminggu. Walaubagaimanapun, konjac sponge adalah selamat untuk digunakan setiap hari.

Chemical exfoliation pula lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai asas penjagaan kulit dan kukuh. Penggunaan chemical exfoliants hendaklah diikuti dengan pelembap kulit dan perlindungan daripada cahaya matahari.

 

Gunakan Antioksidan dalam Penjagaan Wajah

Sinar UV dan pencemaran sekeliling akan menyebabkan pembentukan radikal bebas. Radikal bebas ialah molekul yang kekurangan satu elektron, lantas membuatkan molekul tersebut menjadi tidak stabil lalu ‘mencuri’ elektron dari molekul atau sel lain. Kepada kulit, tindak balas daripada aktiviti radikal bebas mampu mengganggu penghantaran oksigen kepada sel, dan ini mengurangkan penghasilan kolagen. Ia juga turut menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar, serta mengakibatkan tanda-tanda awal penuaan. Selain itu, pendedahan secara berterusan kepada pencemaran udara juga mampu menyebabkan alergi dan kerosakan pembuluh darah. 

Penggunaaan antioksida adalah amat digalakkan bagi menentang tindak balas radikal bebas. Antara kandungan antioksida dalam produk penjagaan yang baik untuk kulit anda semasa musim jerebu:

  • Resveratrol – Banyak terkandung dalam buahan beri dan anggur, resveratrol bersifat anti radang yang mampu menangkis kesan buruk akibat kerosakan UVB, mengurangkan penampilan pigmentasi dan menghalang kerosakan kolagen. Ini secara tidak langsung bertindak sebagai bahan anti penuaan yang mampu meremajakan kulit.
  • Teh Hijau Kaya dengan polyphenol, teh hijau adalah bahan sesuai digunakan oleh hampir semua jenis kulit. Ia tidak merengsakan kulit, bersifat anti radang dan anti karsinogen yang mampu menangkis kesan-kesan pencemaran.
  • Vitamin E Vitamin E mampu melindungi kulit daripada pendedahan kepada sinar UV. Oleh itu tidak hairanlah sekiranya vitamin E sering digunakan di dalam krim perlindungan matahari. Digunakan bersama-sama Vitamin C, Vitamin E memberikan impak positif kepada kulit daripada kesan pencemaran sekeliling.
  • Vitamin C – Vitamin C sesuai dipakai di siang hari. Penggunaannya mampu menggandakan keberkesanan krim perlindungan matahari dan sesuai untuk menyingkirkan kesan radikal bebas terhadap sel kulit. Vitamin C juga mampu menggalakkan pembinaan kolagen, menentang tanda-tanda awal penuaan dan menyamaratakan tona warna kulit.
  • Vitamin A Turut dikenali sebagai retinol, ia mampu menggalakkan pembaharuan sel kulit, memperbaiki struktur selular kulit, mengurangkan penghasilan sebum yang berlebihan oleh kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. Retinol sebaiknya digunakan pada waktu malam sahaja dan sesuai digunakan untuk memperbaiki kulit yang terdedah kepada faktor pencemaran di siang hari.

 

Sumber:

  1. jeancoutu.com
  2. healt.howstuffswork.com
  3. Self.com
  4. intothegloss.com

 

Komen