Memilih destinasi percutian yang betul boleh menjadi agak sukar. Merancang sesuatu percutian atau perjalanan memerlukan pelaburan yang besar, bukan sahaja dari segi kewangan, malah menggunakan waktu kerja anda. Bagi memastikan anda memperolehi pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan, anda memerlukan informasi dan maklumat yang mencukupi bagi membuat keputusan percutian yang terbaik.

Dengan ada platform Agoda, anda dapat memilih destinasi percutian secara atas talian dengan mudah. Pada topik kali ini, Agoda membawakan kepada anda destinasi-destinasi terbaik bagi menikmati keajaiban aurora borealis. Di kebanyakan destinasi, tempoh terbaik untuk menyaksikan cahaya tersebut adalah dari hujung bulan Ogos sehingga ke awal bulan April. Jadi, masih belum terlambat untuk anda membuat perancangan cuti pada saat-saat terakhir atau untuk awal tahun depan.

Berikut adalah destinasi pelancongan yang boleh anda lawati:

Iceland

Salah satu negara yang boleh anda lawati adalah Iceland yang terletak berhampiran Bulatan Artik di Atlantik Utara. Di sana, anda boleh menyaksikan fenomena aurora borealis di ibu negara Reykjavik. Beberapa tempat lain di bandar yang boleh anda lawati pada waktu malam termasuk Öskjuhlið, yang menempatkan The Pearl, rumah api Grótta di Seltjarnarnes, Taman Miklatún dan Hljómskálagarður.

Jika anda tiba di sana, anda boleh mendapatkan beberapa tempat penginapan dengan pemandangan yang cantik dan harga yang menarik. Antaranya adalah Hali Country Hotel yang terletak kira-kira 15 minit dari jalan raya dari lagun.

Sumber: Agoda- Hali Country Hotel

Scandinavia

Selain Iceland, anda juga boleh melawati negara-negara Scandinavia seperti Norway, Finland dan Sweden. Masa terbaik untuk melihat Northern Lights adalah sewaktu tempoh maksimum di sistem solar. Walau bagaimanapun, tempoh maksima solar seterusnya tidak dijangka sehingga 2024. Namun, anda masih boleh melihat Northern Lights yang sangat kerap di langit Norway pada Bulatan Artik.

Antara tempat penginapan yang boleh anda lawati termasuk Radisson Blu Hotel Tromso yang terletak di Tromso. Ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancong selain lokasinya juga tidak jauh dari tempat-tempat menarik yang terkenal seperti Nordnorsk Kunstmuseum, Tromso Cathedral dan Krane Art Gallery.

Sumber: Agoda - Radisson Blu Hotel Tromso

Selain itu, anda juga boleh datang ke Finland yang mana pemandangan aurora boreolis terletak di beberapa kawasan Finland yang berhampiran dengan Sweden. Nikmati pengalaman aurora yang berbeza di Santa's Hotel Aurora & Igloos yang terletak di tengah-tengah Luosto Village, dan saksikan cahaya tersebut dari dalam igloo kaca. Hotel ini juga dilengkapi sistem makluman Cahaya Utara agar anda tidak terlepas peluang seumur hidup untuk menyaksikan fenomena tersebut. 

Sumber: Agoda - Santa Hotel Aurora & Igloos

Bagi yang gemar akan sinaran kehijauan di Sweden, anda boleh menginap di Mattarahkka Northern Light Lodge yang mana keajaiban aurora boleh disaksikan secara terus dari bilik anda.

Amerika Utara

Anda juga boleh merancang percutian anda di Amerika Utara dengan memilih destinasi menarik seperti di Alaska dan Kanada. Fairbanks adalah tempat yang dikatakan paling bagus untuk melihat langit aurora di Amerika kerana ia terletak di dalam bujuran aurora. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di Fairbanks selain daripada menyaksikan kejadian aurora. Anda boleh memilih tempat penginapan di Fairbanks Moose Manor B&B sewaktu percutian anda di sana. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi hotel-hotel atau resort lain yang boleh anda dapati melalui platform Agoda.

Sumber: Agoda - Fairbanks Moose Manor

Selain itu, di Kanada terutamanya di kawasan paling utara mempunyai pemandangan aurora borealis yang sangat cantik. Anda juga boleh mengunjungi bandar Yellowknife yang terletak sejauh 400 km di selatan Kutub Utara atau Aurora Village untuk menyaksikan aurora tanpa sebarang halangan. 

Dapatkan penginapan moden yang selesa di Aurora Deluxe Guest House. Anda juga boleh berkenal-kenalan dengan tetamu lain di dapur dan ruang makan umum sementara menunggu kemunculan persembahan cahaya tersebut. 

Sumber: Agoda - Aurora Deluxe Guest House

Berikut adalah senarai tempat percutian atau pelancongan yang boleh anda lawati pada bulan ini sehingga April tahun hadapan. Dapatkan senarai tempat penginapan yang anda ingin menginap di platform Agoda. Terdapat pelbagai jenis bilik, variasi harga dan kawasan persekitaran yang anda minati.

Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.