Lina Rosli Diterbitkan 19 September 2019

#TAJSuggest – Betulkah Tekanan Itu Baik?

#TAJSuggest – Betulkah Tekanan Itu Baik?

Kebiasaannya, tekanan sering dilihat sebagai isu yang tidak baik dan negatif semata-mata. Dengan sedikit tekanan, ia dapat memberi motivasi kepada anda untuk memberi tumpuan kepada kerja anda. Namun, pada masa-masa lain, ia mungkin boleh memberi kesan kepada anda seperti tidak dapat menumpukan perhatian kepada apa-apa. Walau bagaimanapun, tekanan memberi kesan dengan cara yang berbeza kepada semua orang. 

close-up photo of Thought Catalog book

Terdapat dua jenis tekanan utama, iaitu tekanan yang bermanfaat dan memotivasi (tekanan yang baik) dan tekanan yang menyebabkan masalah kesihatan (tekanan yang tidak baik). Berikut adalah beberapa manfaat dan kebaikan tekanan kepada kebanyakkan individu.

Menurut pandangan segelintir individu, tekanan dapat membantu dalam membina semangat dalam diri. Sebagai contoh, tekanan dapat membantu anda menghadapi cabaran harian dan memotivasi anda untuk mencapai matlamat anda. Malah, tekanan dapat membantu anda menyelesaikan tugas dengan lebih cekap selain dapat meningkatkan memori kerana ia membentuk sesuatu dalam diri.

Tekanan pada tahap sederhana dan terkawal dikenali sebagai Eustress. Simptom-simptom eustress adalah di mana individu tersebut merasakan sesuatu perasaan yang positif seronok, berasa puas, rasa dihargai dan sejahtera. Perasaan ini adalah baik kerana ia menjadikan individu merasa yakin, mencukupi, dan dirangsang oleh cabaran yang anda alami dari tekanan. 

“The mind can go either direction under stress—toward positive or toward negative: on or off. Think of it as a spectrum whose extremes are unconsciousness at the negative end and hyperconsciousness at the positive end. The way the mind will lean under stress is strongly influenced by training.” 

― Frank Herbert, Dune

“Being under stress is like being stranded in a body of water. If you panic, it will cause you to flail around so that the water rushes into your lungs and creates further distress. Yet, by calmly collecting yourself and using controlled breathing you remain afloat with ease.” 

― Alaric Hutchinson, Living Peace: Essential Teachings for Enriching Life

Tekanan juga membantu anda memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih dalam sesuatu perkara atau aktiviti. Tambah lagi, jika anda berada dalam tekanan kerja yang mana ia akan mendorong kepada eustress jika kerja tersebut mencabar. Jika anda lihat dari sudut pembelajaran dan pembelajaran perkara baru boleh dikatakan agak mencabar. Jadi, sudah tentu anda akan berasa sedikit tertekan sewaktu mempelajari dan mendalami perkara baharu. Dengan tekanan yang ada, anda boleh menjadikan ia sebagai pemangkin semangat supaya anda terus bangkit. 

mindfulness printed paper near window

Menurut Kathleen Gunthert, seorang profesor psikologi di American University, tekanan berlaku apabila seseorang merasakan ketidakseimbangan antara cabaran dan sumber yang mereka hadapi. Anda juga boleh menggunakan tekanan untuk menghadapi ketakutan atau cabaran dengan cara anda menjadikannya sebagai pengalaman dan tidak menghindarinya. Dengan ini, anda akan merasa lebih bersedia untuk mengendalikannya pada masa akan datang.

Di samping itu, terdapat pelbagai manfaat kesihatan dengan sedikit tekanan. Menurut penyelidikan awal, sesetengah tekanan boleh membantu memperkuatkan sistem imun. Sebagai contoh, tekanan dapat membantu jantung anda berfungsi dan melindungi tubuh anda dari jangkitan. Dalam satu kajian, individu yang mengalami tahap tekanan sederhana sebelum pembedahan dapat pulih lebih cepat daripada individu yang mempunyai tahap rendah atau tinggi.

Tidak kira sama ada tekanan tersebut adalah positif atau negatif, ia merupakan sebahagian dari norma kehidupan. Anda mungkin tidak mempunyai kawalan terhadap beberapa tekanan negatif yang mungkin anda alami, tetapi anda boleh mencari cara atau inisiatif dalam menjadikan ia sebagai sumber inspirasi atau semangat dalam membentuk gaya hidup dan kehidupan anda.

Sumber: Healthline