Bagi anda yang mungkin tidak ada idea tentang apa yang ingin disajikan sewaktu makan tengahari, Tajria hari ini ingin berkongsikan kepada anda mengenai resepi makan tengahari yang boleh anda cuba di rumah.

Menu yang ingin diperkenalkan adalah Ketam Masak Lada Hitam. Berikut adalah bahan-bahan dan cara memasak hidangan tersebut.

Bahan-bahan

  • 5 ekor ketam (cuci & potong dua kalau besar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 ½ biji bawang besar (kisar)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  • 2 sudu sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada besar (hiris)
  • Garam
  • Minyak

Cara Memasak

1. Kisar kesemua bawang putih, bawang besar, dan lada hitam biji sehingga halus.

2. Kemudian, panaskan kuali dan minyak. Tumis kesemua bahan yang dikisar sehingga masak dan garing.

3. Apabila sudah masak, masukkan kicap pekat, kicap manis, sos lada hitam dan sos tiram ke dalam bahan tumisan dan gaul sehingga sebati.

4. Tambahkan sedikit air cawan air (untuk buat kuah, bergantung pada anda, kalau nak kering kurangkan air). 

5. Tumis sehingga mendidih. Kemudian, letakkan dengan perasa dan garam.

6. Masukkan ketam yang telah dibersihkan tadi ke dalam kuah dan biarkan ia masak selama beberapa minit sehingga ketam tersebut berubah warna. Tutup kuali dan renehkan kuah.

7. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan lada merah ke dalam kuah sebagai hiasan. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

401 artikel di Tajria.