Panduan Makan Pil Perancang
Jika bercakap tentang perancang keluarga, ada pelbagai cara dan kaedah yang berlainan mengikut kesesuaian korang. Antaranya adalah dengan memakan pil perancang selama 21 hari atau 28 hari, ia juga terkenal dikalangan wanita. Sangat penting bagi pasangan untuk merancang kehamilan, terutamanya jika wanita baru sahaja bersalin czer untuk memberi sedikit waktu untuk pulih dengan menjarakkan kehamilan yang seterusnya.
Pil perancang mengandungi hormon yang sama seperti yang terdapat di dalam badan wanita, iaitu hormon progesteron dan estrogen dan jika korang mengambil pil perancang ini dengan teratur, ia mampu untuk mengawal kehamilan dengan kadar keberkesanan 99%. Jadi tiada istilah untuk korang ‘termengandung’ .
Hari ini, Tajria ingin kongsikan panduan untuk memakan pil perancang dengan betul terutamanya untuk wanita yang ingin mula untuk makan pil perancang.
Kenali pilihan yang sesuai
Pertama sekali yang korang harus lakukan adalah dengan membuat kajian ke atas semua pil perancang yang berada di pasaran untuk membuat pilihan yang lebih tepat. Kaji kesan sampingan dan juga pengalaman wanita lain memakan pil perancang. Terdapat 2 jenis pil perancang iaitu pil hormon tunggal (satu hormon sahaja) dan juga pil hormon kombinasi (progestron dan estrogen). Ada pil perancang yang akan menyebabkan susu badan menjadi kurang, namun ada yang tidak. Untuk ibu-ibu yang masih menyusukan anak kecil, pil perancang yang disyorkan ialah Noriday (mengandungi hormon pregostron sahaja) di mana ia tidak akan membuatkan susu badan kering.
Manakala terdapat banyak pilihan untuk pil perancang kombinasi seperti Nordette, Mercilon, Marvelon, dan banyak lagi.
Disiplinkan diri
Seperti korang semua tahu, untuk memakan pil perancang ini seharusnya korang makan pada waktu yang sama untuk lebih berkesan dan juga tidak boleh tertinggal walau satu hari pun. Di sini, korang harus mempunyai disiplin diri yang sangat tinggi dan konsisten. Akan tetapi, korang jangan risau kerana terdapat aplikasi khas untuk mengingatkan korang mengambil pil perancang. Antara aplikasinya adalah Birth Control Pill Reminder dan juga myPill Birth Control Reminder di mana korang boleh mencatat tarikh mula mengambil pil perancang, tetapkan reminder pada waktu korang ingin mengambil pil perancang dan banyak lagi.
Jarakkan pengambilan pil lain
Kalau korang mengambil vitamin tambahan yang lain seperti Multivitamin, Vitamin C, Salmon oil dan macam-macam lagi, jarakkan masa pengambilan untuk mengelakkan ia bercampur dengan pil perancang korang dan mengurangkan keberkesanannya. Seelok-eloknya, korang boleh mengambil pil perancang pada waktu malam, dan makan vitamin tambahan pada waktu pagi. Selain itu juga, elakkan minum teh herba atau detoks pada waktu berhampiran dengan waktu pengambilan pil perancang kerana ia akan membersihkan usus, maka sia-sialah korang makan pil pada waktu itu.
Walaubagaimanapun, kalau korang mempunyai rasa tidak selesa seperti muntah-muntah, pening kepala, pitam, period terganggu, spotting, seeloknya pergi berjumpa doktor untuk consultation. Kalau korang berasa tidak boleh beri komitmen dan disiplin, mungkin kaedah perancang ini bukan untuk korang, dan boleh pilih kaedah yang lain seperti IUCD, suntikan Depo-Provera.