GERD adalah singkatan untuk Gastroesophageal Reflux Disease atau Penyakit Reflux Gastroesophageal. Penyakit ini kebiasaannya hadir untuk jangka panjang yang mana asid dari perut akan naik sehingga ke kerongkong atau esofagus. Esofagus juga boleh dirujuk sebagai paip makanan atau gullet dan merupakan tiub yang mengangkut makanan dari mulut ke perut. Asid di esophagus menyebabkan rasa pedih ulu hati dan gejala lain, serta kerosakan tisu pada bahagian lain.
Untuk kes biasa, rasa sakit ini tidak mengambil masa yang lama yang dipanggil Gastroesophageal Reflux (GER). Walau bagaimanapun, jika seseorang mengalami refluks asid berterusan yang berlaku lebih daripada dua kali seminggu, mereka mungkin didiagnosis dengan GERD. Dalam erti kata lain, GERD adalah jangka panjang manakala GER untuk tempoh biasa.
Simptom utama GERD adalah pedih ulu hati. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan yang dirasakan di belakang tulang dada yang dirasai seakan terbakar. Ia cenderung menjadi lebih buruk jika orang itu terbaring atau membongkok, dan juga selepas makan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami penyakit ini akan mengalami masalah pedih ulu hati. Ia mungkin akan mengalami simptom lain seperti:
Salah satu faktor atau penyebab penyakit refluks asid adalah ketidaknormalan reaksi pada perut yang dikenali sebagai hernia hiatal yang kebiasaannya dialami oleh golongan yang lebih berumur. Hernia hiatal berlaku apabila bahagian atas perut dan LES (lower esophageal sphincter) bergerak di atas diafragma.
Selain itu, saiz makanan yang banyak dan berbaring selepas makan boleh menyebabkan pedih ulu hati atau gejala lain GERD, seperti batuk kering atau masalah menelan. Berikut adalah faktor yang menyebabkan berlakunya GERD jika tiada kawalan untuk kuantiti pengambilan dalam makanan seharian.
Perubahan gaya hidup dan kawalan pengambilan makanan dan minuman boleh membantu melegakan GERD termasuk:
Jika hal ini masih berlarutan, anda perlu mendapatkan rawatan surgeri dari doktor atau pakar perubatan. Rawatan untuk GERD bergantung kepada tahap bahaya penyakit tersebut. Bagi sesetengah orang, ia mungkin hanya melibatkan rawatan perubahan gaya hidup termasuk mengubah cara pengambilan makanan dan minuman. Mungkin juga terdapat individu lain yang perlu mengambil ubat. Sepanjang tempoh ini, hanya segelinitir individu yang mengalami simptom GERD yang sangat teruk yang mana doktor akan mengesyorkan pembedahan.