Carian
#TAJDeko – Bagaimana Untuk Pastikan Almari Baju Anda Sentiasa Kemas?
September 23, 2019 Lina Rosli

#TAJDeko – Bagaimana Untuk Pastikan Almari Baju Anda Sentiasa Kemas?

Masalah ini sering membelenggu tidak kira lelaki atau perempuan. Macam saya sendiri turut mengalami masalah yang sama. Kadangkala, tidak tahu bagaimana kaedah yang berkesan untuk memastikan almari baju sentiasa teratur dan kemas. Apabila almari anda kemas, maka barang-barang akan lebih mudah untuk dicari. Ini bermakna anda lebih mengetahui di mana anda simpan tudung kegemaran anda, seluar jeans yang selalu anda pakai dan jaket kegemaran anda.

clothes store interior

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda tips bagi menguruskan almari baju di rumah anda. Sekiranya anda ingin memanfaatkan ruangan almari, anda boleh cuba beberapa organisasi dan idea-idea penyimpanan ini.

Asingkan baju atau pakaian yang tidak digunakan

Susun pakaian mengikut jenis. Dengan ini, anda akan dapat mencari pakaian yang anda perlukan dengan lebih cepat dan almari anda akan kelihatan lebih kemas. Anda boleh mengasingkan pakaian tersebut boleh termasuk baju, skirt, seluar, jaket, pakaian kerja, pakaian khas seperti pakaian rasmi

Lipat atau gulung pakaian yang tebal

Sekiranya anda mempunyai baju yang berat dan tebal di dalam almari anda, elakkan dari menggantungkannya. Hal ini kerana, ia bukan sahaja akan merosakkan penggantung pakaian (hanger), malah ia juga akan mengambil ruangan yang banyak dalam almari. Cara lain untuk memastikan baju anda setiasa tersusun adalah dengan lipat atau gulung pakaian yang tebal. Dengan ini, ia akan lebih mudah untuk diambil tanpa merosakkan pakaian yang lain selain mudah juga untuk mencari.

woman standing selecting clothes

Gantung baju yang nipis dan ringan untuk menjimatkan ruang

Mana-mana pakaian nipis dan ringan yang anda miliki boleh digantung dan disusun mengikut jenis warna, panjang atau gaya. Ini bagi memastikan pakaian anda tidak berkedut dan mudah dicari. Walau bagaimanapun, gaun panjang harus dilipat separuh untuk lebih kemas apabila disimpan.

Gunakan kotak atau untuk simpan pakaian yang jarang dipakai

Terdapat banyak kedai serbaneka atau kedai atas talian yang menjual bekas, kotak, dan pembahagi almari yang bersesuaian. Item ini boleh digunakan untuk menyusun pakaian dan aksesori anda dengan teratur selain menjadikannya mudah untuk diambil. Sebagai contoh, gunakan bekas kecil yang lutsinar untuk menyimpan dan menyusun pakaian yang jarang digunakan. Ia bukan sahaja memudahkan anda untuk melihat melalui bekas, malah anda juga tidak akan lupa tentang barangan yang anda simpan.

multi-colored scarves

Gunakan ruang dinding yang kosong

Anda juga boleh menggantung barangan seperti shawl, tudung dan skarf panjang di dinding kosong. Ia akan membuatkan ruang anda lebih luas selain dapat meletakkan koleksi tudung premium anda dengan lebih kemas.

Kesimpulan

Mengekalkan almari yang teratur akan sentiasa menjadi proses yang berterusan, tetapi ada perkara-perkara tertentu yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda tidak menghabiskan masa untuk menyusun semula pakaian anda sekali lagi. Ikuti 5 strategi mudah ini untuk menganjurkan almari anda untuk kebaikan. Ia mungkin mengambil sedikit masa, tetapi sudah tentu memberikan kesan yang berbaloi.

Komen