#TAJMakan – Nikmati Burn-T Cheesecake Di The Farm Foodcraft
The Farm Foodcraft adalah sebuah restoran dan kafe yang terletak di The Sphere, Bangsar South yang membawakan tema seakan di ladang. Ia juga menampilkan hidangan yang berkonsepkan makanan sihat yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar dari ladang kota mereka sendiri.
Jika anda datang ke The Farm Foodcraft, anda boleh merasai suasana hijau yang nyaman dan menenangkan. Terdapat variasi makanan yang disediakan termasuk starter, sup, pasta, nasi, pencuci mulut dan bermacam-macam lagi. Antara menu pencuci mulut yang menjadi pilihan ramai individu adalah Burn-T Cheesecake (RM22). Ia dihidangkan bersama ais krim teh tarik dan sos teh tarik yang pekat yang mana menjadikan rasa kek ini lebih fusion dan kontemporari. Selain kek kejum anda juga boleh Kuih Gulung (RM22). Ia adalah kek pandan yang diletakkan gula Melaka dan lava pandan kaya. Ia juga disediakan dengan karamel berputar dan ais krim kelapa.
Untuk pencinta kopi pula, anda boleh mencuba pelbagai menu minuman kopi yang pasti menarik perhatian anda. Antara kopi yang boleh anda cuba Cold Brew Black (RM12), Iced Latte (RM12) dan bermacam-macam lagi. Untuk minuman smoothies pula, kami mengesyorkan untuk anda mencuba Love Potion (RM15) yang dibuat dari Betagen, strawberi, blueberry dan madu yang mempunyai khasiat yang sangat baik sekalin kaya dengan antioksidan dan baik untuk kesihatan usus. Menu lain yang menarik termasuk Sunrise Chasing (RM15).
Bagi anda yang berminat, anda boleh mengunjungi The Farm Foodcraft bagi merasai pengalaman makan di restoran bertemakan ladang yang tenang dan nyaman.
Lokasi:
The Farm Foodcraft
Level Ground, The Sphere, Bangsar South City
Kuala Lumpur, Malaysia 59200
Facebook: The Farm Foodcraft
+603 2242 0964
Waktu Operasi The Farm Foodcraft:
Dibuka setiap hari bermula jam 10:30 pagi hingga 10 malam