Carian
#TAJFesyen – Ketahui Kod Pakaian Yang Sesuai Untuk Menghadiri Majlis
September 25, 2019 Lina Rosli

#TAJFesyen – Ketahui Kod Pakaian Yang Sesuai Untuk Menghadiri Majlis

Cara anda berpakaian sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan orang lain terhadap anda. Mereka akan membuat pertimbangan mengenai melalui pakaian yang dipakai. Mereka membuat kesimpulan tentang keperibadian melaluinya.

five women's white hanged gowns

Tahukah anda terdapat perbezaan untuk kod pakaian yang perlu dipakai pada sesuatu acara. Jadi, pemilihan pakaian untuk ke mana sahaja adalah sangat penting. Sudah tentu anda tidak akan memakai seluar jeans koyak ke majlis perkhawinan. Atau pastinya ada tidak memakai baju kurung jika hendak mendaki bukit. Sebaliknya, anda akan memakai kelengkapan khusus serta baju yang bersesuaian untuk memudahkan anda bergerak sebelum menaiki bukit. 

Oleh itu, hari ini akan berkongsikan kod pakaian yang sesuai digayakan untuk setiap acara. Berikut adalah beberapa contoh berpakaian yang boleh anda ketahui:

Pakaian Kasual

Kebiasaannya, pakaian kasual ini digayakan pada waktu seharian anda yang mana gayanya adalah lebih santai dan minimal. Contoh pakaian kasual termasuk jeans, skirt, blaus dan tshirt biasa. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menambah apa-apa aksesori lain sewaktu menggayakannya. 

Pakaian Kasual
Smart Kasual

Smart Kasual 

Smart Kasual adalah kod berpakaian yang boleh dikatakan agak mengelirukan. Ia adalah kod di antara kasual santai dan kasual perniagaan. Walaupun seluar jeans tidak lagi sesuai untuk wanita, masih terdapat banyak pilihan untuk apa yang dipakai. Cara mudah untuk memilih pakaian smart kasual adalah jaket yang minimal, blaus atau kemeja atau skirt. Anda boleh menggayakan pakaian anda dengan kasut bertumit atau bertutup.

Smart Kasual

Korporat Formal

Wanita biasanya boleh memakai skirt, kemeja, seluar slack, blaus, blazer atau cardigan, manakala lelaki pula boleh memakai seluar panjang, baju kemeja formal, tali leher, dan blazer berwarna gelao. Pakai sepasang kasut yang sesuai dan tidak terlalu bergaya selain hadir dengan warna yang neutral. 

Semi-formal 

Contoh untuk kod pakaian semi-formal termasuk pantsuit atau mana-mana bentuk pakaian daripada material kain seperti sutera, baldu atau satin. Anda juga boleh melengkapkan gaya anda dengan menambah topi, sandal strappy atau kasut sukan. Bolehkah anda memakai seluar jeans untuk kod pakaian semi-formal? Tidak, jeans adalah pakaian tidak formal dan juga bukan semi-formal. Jeans adalah kasual. 

Semicasual attire means feeling relaxed and comfortable, without looking like someone who forgot to change out of her pajamas.

– Lisa Plancich, BellaOnline Etiquette Editor 

Semi-formal

Pakaian formal

Untuk kod pakaian formal, anda digalakkan untuk tidak terlalu bergaya atau overdressed apabila ke seseatu majlis formal. Biasanya, warna pilihan untuk pakaian formal adalah hitam, navy blue dan blouse putih. Anda juga boleh memakai sama ada seluar slack panjang atau skirt labuh. Anda juga disarankan untuk tidak memakai terlalu banyak solekan. 

Jika anda memilih untuk memakai barang kemas, pastikan ia konservatif dan minimal. Elakkan memakai anting-anting yang sangat terang atau berwarna-warni. Gunakan beg tote untuk membawa dokumen dan barangan lain. Sekiranya anda juga membawa dompet, pastikan ia kecil dan mudah untuk mengelakkan membawa dua beg besar. Jika perlu, anda boleh meletakkan dompet anda di dalam beg tote anda.

Kesimpulan

Penampilan yang betul sama ada penampilan profesional atau kasual adalah penting dalam mencerminkan keperibadian anda. Cara anda bergaya dan bergaul membuat kesan kepada orang di sekeliling anda. Kod pakaian ini juga penting untuk kedua-dua lelaki dan wanita yang mana anda harus menjaga penampilan anda sendiri.

Komen