Lina Rosli Diterbitkan 26 September 2019

#TAJBeauty – Kenali Kelebihan Aloe Vera Secara Ringkas 

#TAJBeauty – Kenali Kelebihan Aloe Vera Secara Ringkas 

Aloe vera atau nama saintifiknya Aloe Barbadensis adalah tumbuhan yang membesar di iklim tropika dan kini menjadi salah satu tumbuhan yang digunakan untuk perubatan tradisional. Tumbuhan ini sangat dikenali kerana keupayaannya dalam mengekalkan hidrasi dan kelembapan pada kulit. Ia kaya dengan antioksidan seperti dan vitamin A, vitamin C, dan vitamin E selain mengandungi tujuh daripada lapan asid amino penting.

Membantu Pencernaan

Latex atau gel dalam aloe mengandungi aloin yang merupakan anthraquinone yang boleh membantu merawat sembelit. Walau bagaimanapun, anthraquinone perlu dielakkan semasa hamil kerana sesetengahnya mempunyai kesan yang merangsang kontraksi pada rahim.

Merawat Kondisi Kulit

Gel aloe vera digunakan dalam banyak produk di pasaran. Ekstrak tumbuhan ini mempunyai ciri-ciri antibakteria dan anti-radang, yang membantu dalam mengurangkang jerawat. Satu kajian melaporkan bahawa kombinasi krim tretinoin, ubat jerawat biasa, dan krim aloe vera berkesan mengurangkan luka jerawat untuk individu yang mengalami masalah jerawat ringan hingga sederhana. Namun, penggunaan yang berlebihan akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering dan menggelupas.

clear glass mug beside Aloe vera plants on window

Merawat Sunburn

Sesetengah individu mengatakan gel aloe vera membantu mengurangkan kesan sunburn. Hal ini berkemungkinan besar merupakana kesan penyejukan gel itu sendiri. Terdapat juga penyelidikan yang turut menyokong kelebihan gel tersebut dalam mempercepat proses pemulihan kulit. Sapukan aloe vera di kawasan yang terkena sunburn sebanyak lima atau enam kali sehari selama beberapa hari. Ini bukan sahaja dapat membantu meringankan kesakitan tetapi boleh membantu mengekalkan kulit lembap dan memancarkan mengelupas. 

Menyembuh Luka

Gel aloe vera boleh membantu mempercepat proses penyembuhan luka sama ada kesan melecet, terkena air panas atau luka pada kulit. Ia membantu merawat parut dengan lebih cepat dengan menguatkan struktur kolagen dalam parut. Namun, ia tidak boleh digunakan pada luka yang masih baru, tetapi boleh diletakkan pada luka yang sudah hampir sembuh yang mana dapat mempercepatkan penyembuhan dan mengurangkan pembentukan parut.

Agen Anti-Radang

Penyelidik mendapati aloe vera membantu mengurangkan beberapa simptom penyakit refluks gastroesophageal (GERD), termasuk pedih ulu hati, sendawa dan muntah. Anda boleh menyediakan jus aloe vera yang membantu mengurang pembentukan asid dalam badan selain hadir sebagai agen anti-keradangan.

Mengurangkan Gula Dalam Darah

Satu kajian menyatakan bahawa jus ale vera juga dapat  membantu menurunkan kadar gula dalam darah di kalangan pesakit diabetes. Pengambilan aloe vera secara berkala merangsang rembesan insulin, yang amat berguna untuk pesakit diabetes. Walau bagaimanapun, kajian lanjut masih dijalankan dalam mencari keberkesanan aloe vera dalam mengurangkan kadar gula dalam darah.

Sumber: Everyday Health , Medical News Today