5 Cara Hilangkan Rambut Rosak Selepas Proses Bleaching
Pernah tak korang rasa bangun pagi rambut kering dan kejung? Lagi-lagi yang suka colorkan rambut korang dengan macam-macam warna. Untuk warna ashy, rambut hendaklah dilunturkan sebanyak 3 hingga 4 kali untuk menampakkan kesan warna yang lagi ketara. Kalau tak dijaga dengan betul, korang pasti akan menghadapi masalah rambut yang teruk.
Jangan risau, ikuti semua tips di bawah ini untuk hilangkan rambut rosak selepas bleaching untuk pulihkan rambut korang!
- TINGGALKAN SHAMPOO SLS/SLES
Apa tu SLS/SLES ni? Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate ni bahan yang digunakan dalam shampoo dan sabun, bila bahan ni bercampur dengan air dia akan berbuih untuk hilangkan kotoran. Tapi sebenarnya, SLS/SLES ni mengeringkan kulit kepala. Ia terlalu harsh sehingga ia boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit kepala.
Jadi cepat tukar ke shampoo tanpa SLS/SLES.
- TINGGALKAN PENGERING RAMBUT
Jika rambut dah kering dan rosak, cuba berhenti dahulu menggunaka pengering rambut atau pelurus rambut. Sebab, haba dari pengering rambut membuatkan rambut lagi kering dan rapuh. Kalau terpaksa juga keringkan rambut terutamanya kalau dah lambat, gunakan pengering rambut yang boleh melindungi rambut daripada rosak. Ianya mungkin sedikit mahal tapi ia merupakan pelaburan yang baik untuk korang. Kalau boleh, biar sahaja rambut kering sendiri untuk elakkan rambut korang lagi tambah teruk!
- PAKAI DEEP CONDITIONER
Deep conditioner bukanlah conditioner biasa, deep conditioner lebih khusus untuk merawat rambut kering, kembalikan kelembapan untuk rambut dan mengelakkan dari rambut bercabang. Oleh itu, korang tak perlu pakai setiap hari, cukup hanya 3 hingga 4 kali seminggu pun dah cukup. Pastikan korang pilih yang bebas SLS dan SLES ya!
- SENTIASA PAKAI SERUM RAMBUT
Selepas korang cuci rambut waktu rambut separa basah tu, pakai hair serum atau leave on treatment. Fungsi pakai serum rambut ni untuk memberikan kelembapan dekat rambut. Apabila rambut sudah kering, rambut korang akan lebih lembut dan berkilau. Cari serum yang khas untuk rambut rosak dan ingat, jangan pakai serum rambut dekat kulit kepala. Cukup di paras tengah hingga hujung rambut.
- PAKAI MINYAK KELAPA
Setiap hujung minggu, rajinkan diri korang untuk buat treatment sendiri dekat rumah menggunakan minyak kelapa. Nak pakai minyak kelapa asli boleh, minyak rambut kelapa yang sudah diformulasi khas untuk rambut juga boleh. Minyak kelapa memang banyak kebaikan tau untuk rambut. Ia dapat mengurangkan kelemumur, melembutkan rambut dan juga menguatkan rambut. Caranya mudah sahaja, lumurkan minyak kelapa ke seluruh kulit kepala dan rambut selama satu jam. Balut rambut menggunakan tuala, kemudian shampoo rambut bilas macam biasa.
Untuk pulih dari rambut yang rosak memerlukan masa dan yang paling penting, sentiasa konsisten! Korang haruslah sabar dan cuba semua tips di atas dalam masa sebulan dahulu. Kalau korang lebih suka guna bahan semulajadi seperti bunga raya, aloe vera, minyak argan dan bayak lagi, amatlah digalakkan. Jika korang mendapat kesan yang negatif terhadap rambut, cuba lagi produk atau bahan yang lain. Rambut ini mahkota wanita, jadi kita kenalah jaga sebaik yang mungkin.