#TAJSuggest – Bagaimana Untuk Mengekalkan Warna Putih Pada Baju?
Penjagaan untuk baju putih sudah semestinya agak rumit dan leceh. Tambah lagi, ia juga mengambil masa yang lama untuk membuang kotoran degil yang terlekat pada pakaian anda. Kadangkala, pakaian putih kelihatan agak kusam dan tidak bersih setelah anda menggunakannya untuk tempoh waktu yang lama. Untuk kali ini, Tajria ingin berkongsi kepada anda cara dan tips untuk memastikan pakaian anda kekal putih dan bersih:
Basuh Secara Berasingan
Langkah pertama bagi mengekalkan pakaian putih anda berwarna putih ialah dengan mengasingkan pakaian putih dengan pakaian berwarna yang lain. Anda perlu mencuci pakaian putih secara berasingan bagi mengelakkan warna-warna lain luntur selain menyebabkan kain putih kelihatan kusam.
Tidak Basuh Secara Berlebihan
Bukan itu sahaja, anda digalakkan untuk tidak mengisi mesin basuh anda dengan penuh. Hal ini kerana, apabila mesin anda penuh, putaran mesin tersebut akan menjadi perlahan selain tidak akan membersihkan pakaian dengan sempurna. Bukan itu sahaja, jika mesin basuh tersebut penuh, ia mengakibatkan ruang yang sempit serta tidak ada ruang yang cukup antara barang-barang untuk mengalirkan air dari tanah.
Guna Sabun Yang Bersesuaian
Sabun juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan warna putih pada baju. Pilih sabun yang mengandungi pencerah optik. Sabun tersebut dapat meminimumkan warna kuning pada baju selain menjadikan pakaian anda kelihatan lebih putih. Anda juga dinasihatkan untuk tidak menggunakan atau meletakkan kuantiti pencuci yang berlebihan. Detergen yang berlebihan boleh menyebabkan kotoran pada baju akibat pengumpulan sabun yang tidak dibersihkan.
Selain itu, peluntur klorin juga berfungsi dalam mengekalkan warna putih pada baju. Namun, penggunaan peluntur klorin yang berlebihan akan mengakibatkan kerosakkan pada baju. Peluntur yang berasaskan oksigen seperti OxiClean, All Natural Oxygen Brightener Nellie atau OXO Brite biasanya lebih selamat dan boleh digunakan untuk semua kain yang boleh dibasuh kecuali bulu dan sutera.
Basuh Guna Air Panas Atau Suam
Gunakan air suam atau air yang panas untuk membantu mengeluarkan minyak dan kotoran minyak pada pakaian anda. Kebanyakkan wanita yang bertudung pasti akan mengalami masalah kotoran solekan pada tudung yang mana ia agak sukar untuk dihilangkan. Oleh itu, anda boleh merendam pakaian anda yang terkena kotoran selama beberapa minit bagi memudahkan anda untuk mencuci pakaian tersebut.
Bilas Dengan Cuka
Anda juga boleh mengembalikan warna putih dengan menambahkan satu cawan suling cuka putih ke dalam bilasan untuk memastikan semua kesan detergen dibersihkan dari kain. Selain cuka, anda juga boleh menggunakan jus lemon, garam atau serbuk penaik.
Dengan tips dan langkah yang telah dikongsikan, anda boleh mendapatkan semula warna putih berseri untuk pakaian anda.