Terdapat banyak variasi cara masakan untuk hidangan Ayam Masak Kicap ini. Ada hidangan yang berkuah dan juga sesetengah lauk yang kering dan pekat. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda resepi memikat hati ibu mertua iaitu Ayam Masak Kicap. 

Untuk resepi kali ini, ia adalah ayam masak kicap yang kuah yang agak sedikit dan agak pekat. Oleh itu, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan hidangan tersebut.

Bahan-bahan A

  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • 5 tangkai cili padi (hiris, mengikut citarasa anda)
  • 2 sudu cili boh
  • 4 ketul ayam daging (potong sederhana dan gaulkan bersama sedikit kunyit dan garam)
  • 1 biji bunga lawang
  • 2 biji cengkih
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan B (dikisar)

  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu jintan putih
  • 1 sudu jintan manis
  • 1 sudu ketumbar

Cara memasak

1. Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah dibersihkan sehingga masak. JIka sudah masak, angkat dan biarkan ia sebentar.

2. Selepas itu, kurangkan sedikit minyak goreng ayam sebentar tadi. Gunakan minyak tersebut untuk menumis bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga. 

3. Kemudian, tumis bahan B yang telah dikisar sehingga berwarna kekuningan. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Apabila sudah masak, masukkan kicap pekat dan kicap manis serta sedikit air. Masak dengan api perlahan sehingga kuah kelihatan pekat.

5. Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati dengan kuah kicap.

6. Akhir sekali, masukkan sedikit garang, bawang dan cili yang telah dihiris dan gaul rata. Setelah selesai, hidangkan lauk bersama nasi yang telah dimasak. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.