Jika anda ingin bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur tanpa perlu menempuh kesesakan lalu lintas, anda mungkin boleh cuba menaiki pengangkutan awam. Pernahkah anda dengar mengenai Go-KL City Bus sebelum ini? Jika tidak pernah, bas ini adalah bas yang disediakan yang membawa penumpang bersiar di sekitar Kuala Lumpur.
Pada September 2012 lepas, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Go-KL City Bus yang mana ia memberikan perkhidmatan bas secara percuma untuk para pelancong dan penduduk Kuala Lumpur. Pada asalnya dengan ia hanya melalui dua laluan sahaja, dan kemudiannya rangkaian itu diperluas pada Mei 2014 dengan penambahan dua lagi laluan
Dimanakah anda boleh mendapatkan bas ini? Untuk mendapatkan bas ini, ia melalui beberapa kawasan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat enam laluan Go-KL City Bus iaitu Laluan Hijau dengan 14 hentian, Laluan Ungu dengan 15 hentian, Laluan Merah dengan 19 hentian, Laluan Biru dengan 17 hentian, Laluan Oren dengan 21 hentian dan Laluan Merah Jambu dengan 11 hentian yang berjumlah sebanyak 97 hentian secara keseluruhan.
Bas ini boleh didapati pada selang waktu 5 minit pada waktu puncak hari kerja iaitu pada jam 7 pagi hingga 10 pagi dan jam 4 petang hingga 8 petang. Ia beroperasi setiap 10 minit pada waktu lain. Mereka beroperasi dari 6 pagi hingga 11 malam dari Isnin hingga Khamis, dari 6 pagi hingga 1 pagi pada hari Jumaat dan Sabtu sementara ia mula beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam pada hari Ahad.
Berikut adalah senarai laluan yang dilalui oleh Go-KL City Bus:
Laluan Hijau (KLCC - Bukit Bintang)
KLCC
Angkasaraya
MaTiC (Pusat Pelancongan Malaysia)
Concorde Hotel
Life Centre
Pavilion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Menara KH
Wisma Rohas Perkasa
Grand Hyatt Hotel
Pusat Konvensyen KL (Aquaria KLCC)
Citibank
Menara Atlan
KLCC
Laluan Ungu (Pasar Seni - Bukit Bintang)
Pasar Seni (Pasar Utama, Kuil Sri Mahamariamman, Kuil Guan Di, Chinatown)
Bangkok Bank (KL Heritage Trail, Chinatown, Dataran Merdeka)
Muzium Telekom
Menara Olympia
Menara KL
The Weld
Wisma Lim Foo Yong
Pavilion
Starhill Gallery
Bukit Bintang
Wisma Boustead
Wisma MPL
Persimpangan Bukit Ceylon (Gereja St. Andrew)
Muzium Telekom
Kota Raya
Pasar Seni
Laluan Merah (KL Sentral - Jalan Tuanku Abdul Rahman)
KL Sentral
1 Sentral
Muzium Negara (Muzium Negara, Planetarium, Taman Burung KL)
Masjid Negara (Masjid Negara, Muzium Islam, Muzium Polis)
Dataran Merdeka (Galeri Bandar Raya Kuala Lumpur, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Tekstil)