Lina Rosli Diterbitkan 7 October 2019

#TAJFesyen – Pakaian Pun Ada Tarikh Luput?

#TAJFesyen – Pakaian Pun Ada Tarikh Luput?

Betulkah baju pun ada tarikh luput? Perlukah anda menukar sesuatu pakaian apabila sudah tidak boleh digunakan? Berapa lama tempoh masa untuk menggunakan sesuatu kelengkapan? Jawapannya adalah bergantung kepada berapa tempoh masa penggunaan anda untuk sesuatu pakaian itu. 

hanging clothes lot

Kebanyakkan kain cotton mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding jenis kain yang lain. Hal ini kerana, kain cotton adalah lebih cenderung untuk lebih berkedut dan mudah hilang bentuknya tambah lagi di bahagian leher baju. Oleh itu, Tajria ingin berkongsi kepada anda perkara-perkara yang anda perlu tahu  untuk mengetahui sama ada pakaian anda sudah tidak boleh digunakan lagi atau sebaliknya.

Tukar stokin anda setiap enam bulan. Hal ini kerana, selepas melakukan pembasuhan dan pembersihan pakaian secara harian atau mingguan, ia akan mengurangkan ketahanan elastik dan menyebabkan ia tidak berfungsi dengan sebaiknya. Bukan itu sahaja, stokin juga tidak akan tahan lama selain mudah untuk mendapat lubang selepas memakainya hanya beberapa kali. Walau bagaimanapun, ia masih bergantung kepada material dan bahan dalam menghasilkan stokin tersebut. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk mengetahui bilakah tempoh yang perlu anda menggantikan pakaian dalam anda.

leather footwear lot

Selain pakaian, kasut sukan juga perlu diganti selepas penggunaan yang agak lama. Anda perlu menukar kasut sukan atau running shoes setiap 300 batu penggunaan. Saya pasti, jika anda menjaganya dengan baik sudah tentu anda akan menyimpannya untuk satu tempoh masa yang lama. Namun, perlu anda tahu bahawa kasut dengan tapak yang keras atau sudah haus harus digantikan dan tidak boleh digunakan lagi. Hal ini kerana, jika tapak kasut anda sudah nipis atau berlubang, ia akan menyebabkan ketidakselesaan sewaktu memakainya. Namun, ia juga masih bergantung pada bilangan batu yang anda berjalan, berat badan anda dan ketahanan sesebuah kasut itu juga. Jika anda memakai kasut dengan kekerapan yang maksima seperti memakai untuk pergi ke kerja, anda harus menggantikannya setiap tiga hingga empat bulan.

Bilakah Anda Perlu Menukar Pakaian Anda?

Tahukah anda waktu bila yang perlu untuk anda menukar kelengkapan anda? Jadi berikut adalah sebab dan alasan yang perlu anda pertimbangkan sewaktu ingin menukar:

  1. Warna pakaian atau kelengkapan sudah pudar
  2. Masalah pada jahitan pakaian seperti jahitan sudah tertanggal atau terlerai
  3. Pakaian berlubang atau koyak yang mana ia tidak boleh diperbaiki
  4. Kotoran yang tidak dapat dihilangkan
  5. Fabrik menjadi nipis

Faktor di atas merangkumi beberapa alasan yang mungkin anda ingin pertimbangkan untuk menggantikan sesebuah pakaian atau barangan yang anda miliki. Sekiranya anda merasa pakaian tersebut sudah lama dan mula mengeluarkan bau, maka anda boleh pertimbangkan untuk memilih sama ada masih boleh digunakan selepas diperbaiki, dan jika tidak, perlukah anda membuangnya apabila sudah lama.

Kesimpulannya, pakaian tidak mempunyai tarikh luput. Walhal anda masih lagi boleh menggunakannya jika ia masih lagi di dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat satu cara bagi mengelakkan timbunan pakaian dan barangan anda di dalam almari. Jika anda membeli sepasang kasut baru, satu pasang kasut yang lama mesti dikeluarkan dari almari anda sama ada dibuang atau disumbangkan. Ini adalah bagi menguruskan pakaian dan barangan anda dengan lebih mudah.