#TAJSuggest – Etika Dalam Wayang Yang Perlu Anda Patuhi
Sejak kebelakangan ini sering saya melihat banyak filem yang telah ditayangkan yang menarik perhatian ramai orang. Ini adalah satu inisiatif yang baik dalam menyokong hasil kerja industri seni tidak kita industri seni tempatan atau global. Walau bagaimanapun, perlu anda ketahui bahawa terdapat beberapa etika semasa di dalam wayang yang harus dipatuhi.
Jadi hari ini, Tajria akan berkongsi kepada anda etika-etika semasa menonton filem di wayang yang perlu anda ketahui dan patuhi.
Tiba Awal Sebelum Tayangan Bermula
Anda digalakkan untuk tiba di dewan wayang tidak kurang dari 5 minit sebelum tayangan bermula. Sekiranya anda tiba lewat, ia bukan sahaja akan mengganggu para penonton yang lain malah ia adalah lebih sukar untuk anda mencari tempat duduk yang telah anda beli.
Tidak Meletakkan Barangan Atau Lain-lain Di Kerusi Orang
Jangan meletakkan kaki anda di belakang kerusi atau di antara kerusi barisan hadapan. Ia merupakan amalan yang tidak baik dan tidak sopan. Apabila anda melakukan perkara sedemikian, ia akan mengganggu orang dihadapan anda selain turut memberikan pandangan buruk terhadap tatacara dan adab anda.
Tidak Membawa Bayi Sewaktu Menonton Wayang
Anda disarankan untuk tidak membawa bayi anda ke dalam dewan wayang. Hal ini kerana, ia akan menyebabkan bayi anda tidak selesa selain mudah terhindar dengan apa-apa jangkitan yang mungkin boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak diingini pada bayi.
Pihak pengurusan wayang turut ada meletakkan peraturan seperti kanak-kanak di bawah umur tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam panggung wayang. Jika filem yang ditayangkan adalah filem dengan kod R, anda sama sekali tidak dibenarkan untuk dibenarkan untuk membawa anak ke dalam dewan tersebut.
Tidak Berbual Atau Bermain Telefon Bimbit
Setelah masuk ke dalam panggung wayang, anda disarankan untuk menurunkan bunyi suara bagi menghormati penonton lain. Anda juga digalakkan untuk meletakkan telefon pintar anda di dalam mod senyap atau lebih baik lagi mematikan telefon pintar anda. Dengan ini, ia dapat menjamin keselesaan selain anda dapat lagi fokus untuk menonton filem yang ditayangkan dihadapan.
Tidak Meminta Orang Lain Untuk Beralih Tempat
Jangan meminta orang ramai untuk bergerak supaya anda boleh duduk bersama kumpulan anda melainkan jika ia merupakan pilihan terakhir yang tidak dapat dielakkan. Jika anda mahu duduk dengan kumpulan anda, anda sepatutnya menempah tiket dengan lebih awal.
Tidak Meninggalkan Sampah Atau Plastik Selepas Tayangan Tamat
Bagi anda yang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam panggung wayang, anda tidak boleh meninggalkan sampah atau plastik di tempat duduk anda. Hal ini bagi memudahkan pihak pengurusan untuk menyediakan tempat untuk tayangan seterusnya.
Kesimpulan
Berikut adalah beberapa peraturan dan etika di dalam wayang yang perlu anda patuhi. Ia patut dipraktikkan bagi memudahkan dan menjamin keselesaan semua orang yang menggunakan perkhidmatan berkenaan. Apapun, walau dimana anda berada, anda perlu menjaga adab dan tatacara anda.