Kadangkala, anda mungkin tidak tahu untuk menyediakan hidangan sarapan atau makan malam ringkas sewaktu di rumah. Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda hidangan salad mudah dan ringkas untuk anda cuba. 

Salad merupakan salah satu hidangan ringkas yang bukan sahaja baik untuk diet malah ia juga tinggi dengan kalori yang boleh menggantikan hidangan karbohidrat dalam sajian anda. Berikut adalah senarai bahan-bahan yang perlu anda dapatkan dan sediakan:

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A:

  • 3 biji kentang Australia
  • 2 biji kentang biasa
  • 1 sudu besar serbuk lada 
  • 1 cawan mayonis coselaw (atau anda juga boleh menggunakan mayonis khas salad)

Bahan B:

  • 1 bungkus sayur kobis merah
  • 1 biji limau
  • 1 biji salad
  • 1 biji bawang besar merah atau bawang holland

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Rebus kesemua kentang sehingga empuk. Setelah empuk, potong kentang dalam bentuk dadu.
  2. Hiris kesemua bahan B. Selepas dihiris, campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas besar.
  3. Masukkan kentang yang telah direbus ke dalam mangkuk dengan bahan B.
  4. Letakkan mayonis dan serbuk lada. Gaul ke semua bahan sehingga sebati.
  5. Anda juga boleh meletakkan lemon jika menginginkan sedikit rasa masam. Selamat mencuba!
Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.