Lina Rosli Diterbitkan 15 October 2019

#TAJSuggest – Cara Mengelakkan Masalah Kaki Berbau

#TAJSuggest – Cara Mengelakkan Masalah Kaki Berbau

Terdapat sesetengah orang yang mempunyai masalah peluh di kaki yang mengakibatkan bau yang tidak menyenangkan. Mengapa hal ini boleh berlaku? Ini disebabkan kaki adalah di antara kawasan badan yang paling banyak berpeluh yang biasanya mengakibatkan bau lembap peluh terperangkap di dalam kasut dan stokin kaki.

Masalah kaki berbau atau nama saintifiknya bromodosis boleh berlaku kepada semua golongan. Punca utama berlakunya kaki berbau adalah disebabkan oleh bakteria yang hadir dalam peluh kaki dan menghasilkan asid isovalerik yang menyebabkan bau. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada bau kaki yang tidak menyenangkan termasuk:

  • Tahap kebersihan kaki
  • memakai kasut yang basah atau lembap
  • menggunakan kasut yang diperbuat daripada bahan sintetik
  • Melakukan aktiviti sukan yang menyebabkan peluh
  • faktor keturunan 
  • memakai kasut untuk tempoh masa yang panjang

Sesetengah individu yang berpeluh secara berlebihan dipanggil hyperhidrosis. Hyperhidrosis kaki boleh menggalakkan kehadiran bau yang tidak menyenangkan. Cara terbaik untuk mengelakkan peluh dan bau kaki berlebihan ialah dengan mengamalkan tabiat yang sihat dari segi kebersihan kaki. 

person holding black stilettos

Berikut adalah beberapa cara untuk mengelakkan masalah bau kaki:

  1. Basuh kaki anda secara kerap sekali atau dua kali sehari seperti yang diperlukan. 
  2. Gunakan sabun antibakteria atau pembersih lembut. Sabun yang direka khusus untuk penjagaan kaki boleh didapati di pasaran.
  3. Guna stokin kaki bersih dan tukarkannya sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. 
  4. Pilih sarung kaki yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti kapas yang akan membolehkan kaki anda bernafas. 
  5. Basuh stokin kaki anda di dalam air panas untuk menghilangkan kuman. Jika stokin tersebut lembap, elakkan daripada terus menggunakannya.
  6. Pilih kasut yang sesuai dengan selesa dan itu tidak terlalu ketat. 
  7. Gantikan kasut apabila mereka rosak atau lembap. 
  8. Jika musim panas, anda disarankan untuk menggunakan kasut dengan rekaan terbuka seperti selipar atau sandal bagi mengelakkan berpeluh pada kaki. 
  9. Sekiranya kasut anda lembap atau basah, biarkan ia kering sebelum memakainya semula.

Jadi, berikut adalah beberapa cara yang anda  boleh lakukan bagi mengelakkan masalah kaki berbau.Bukan itu sahaja, anda seharusnya memiliki beberapa pasang sepatu atau kasut. Hal ini bagi membolehkan anda memakai mereka secara bergantian, yang membolehkan mereka kering sebelum memakainya lagi. Anda juga boleh meletakkan produk anti-bau dalam kasut anda yang direka khusus untuk menyerap peluh dan bau. Akhir sekali, pastikan udara untuk kaki boleh berjalan dengan baik dan lancar.