Carian
#TAJTravel – Terokai Tempat Menarik Dengan Pilihan Makanan Halal Di Eropah
October 17, 2019 Lina Rosli

#TAJTravel – Terokai Tempat Menarik Dengan Pilihan Makanan Halal Di Eropah

“Jauh perjalanan, luas pemandangan” Kata-kata ini sering kita kaitkan dengan pengembaraan ke sesuatu tempat untuk mencari pengalaman baru. Tidak kira sama ada mengembara di dalam negara atau luar negara, ia sememangnya suatu perkara yang sedikit sebanyak mengajar anda tentang sesuatu kehidupan.

Bercakap mengenai mengembara dan melancong ini, mungkin ramai dalam kalangan individu yang ingin melancong tetapi mempunyai beberapa limitasi yang mungkin sukar untuk dielakkan. Tambah lagi jika anda melancong atau bercuti di negara-negara Eropah, pasti agak susah bagi anda untuk mencari pilihan makanan Muslim di kawasan tersebut. 

Sudah menjadi kebiasaan untuk semua individu beragama Islam untuk meletakkan syarat makanan halal jika ingin berkunjung ke mana-mana negara bukan Islam. Menerusi laman pelancongan atas-talian Agoda, anda boleh menerokai beberapa tempat menarik di Eropah dengan pilihan makanan halal dan aktiviti yang boleh dinikmati di sana. Berikut adalah destinasi pelancongan yang halal untuk tahun 2019 di sekitar Eropah:

London, England

Elizabeth Tower, London

London adalah salah satu destinasi pelancongan terkemuka di dunia selain bandar ini yang menjadi pelbagai tarikan pelancong dari serata dunia. Pada tahun 2018, kira-kira 20.42 juta pengunjung telah melawati kota London sekaligus menjadikannya salah satu yang paling banyak dikunjungi di dunia. Ia bukan sahaja antara kota yang mempunyai pelbagai tempat menarik malah ia juga terkenal dengan kesenian dan mercu tanda bersejarah seperti Istana Buckingham dan The Houses of Parliament.

Dengan populasi penganut Islam lebih daripada 1 juta, kota London juga merupakan kota yang paling mesra Islam di Eropah. Makanan halal dari pelbagai negara Muslim di dunia boleh didapati di sini seperti makanan dari negara Pakistan, India, Arab dan Afrika. Antara restoran yang boleh anda cuba adalah Liman Restaurant yang menawarkan hidangan Arab. Selain itu, Stax Diner di Jalan Carnaby yang menawarkan makanan ala-Amerika seperti burger dan wafel halal, serta Pie Republic yang menyediakan pai British halal. 

Nikmati percutian di kota London sepenuhnya dengan menyertai London By Night 90-minute open top bus tour yang boleh ditempah melalui ‘Things To Do’ di laman Agoda.

Vienna, Austria

Tahukah anda bahawa Austria terkenal dengan kecantikan seni bina istana dan bangunannya. Antara bandar yang boleh anda lawati adalah Vienna iaitu ibu kota negara Austria dan bandar terbesar di negara ini yang kaya dengan budaya dianggap sebagai bandar paling sesuai didiami di dunia. Kota Vienna menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan serta aktiviti untuk seisi keluarga. 

Bukan itu sahaja, Vienna juga merupakan hub bagi para pecinta muzik terutama sekali Mozart. Jadi menerusi aplikasi Agoda, anda boleh mendapatkan senarai konsert-konsert klasik selain boleh juga smenerokai pilihan makanan halal yang menyelerakan dari santapan kasual sehingga ke mewah.

Rom, Itali

Rom adalah bandar paling indah di dunia. Bukan sahaja cantik, malah masyarakat di Rom juga mempunyai etika yang sangat baik yang mana mereka sangat ramah, sopan dan saling membantu. Jika anda bercuti di Rom, anda boleh mengunjungi Colosseum, Forum Roman, Muzium Vatikan dan banyak lagi keindahan reka bentuk bangunan bersejarah di sana.

Malah, Rom juga terkenal dengan pelbagai restoran halal serta kudapan yang menyelerakan seperti gelato Itali yang terkenal. Untuk pelbagai pilihan makanan halal, anda boleh dapatkan informasi dan maklumat di platform Agoda.

Paris, Perancis

Paris adalah sebuah bandar yang indah dan terkenal di seluruh dunia. Ia digelar “City of Light” dan “City of Love” yang menjadi tarikan pelancong sepanjang tahun. Pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi termasuk monumen, muzium, restoran dan mercu tanda Eiffel Tower adalah satu lokasi yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.

Eiffel tower during nighttime

Paris mempunyai komuniti Islam yang sudah lama menetap di sana. Maka, tidak hairan mengapa ia mempunyai lebih daripada 100 restoran halal yang menawarkan dari santapan mewah sehingga ke makanan bawa pulang. Dua buah restoran halal yang harus dikunjungi adalah Kashmir House yang menyajikan masakan Pakistan yang lazat, dan Sizin bagi masakan Turki.

Amsterdam, Belanda

Amsterdam adalah sebuah bandar yang bersih dan selamat. Ia mempunyai persekitaran yang indah yang memberikan suasana istimewa. Menurut kajian pada tahun 2011, Amsterdam mempunyai kualiti gaya hidup yang ke-12 terbaik kerana infrastruktur dan persekitarannya.

Ibu kota Belanda ini mempunyai komuniti Islam yang besar di kerana Islam merupakan agama kedua terbesar di negara tersebut. Ini menjadikan pencarian makanan halal sangat mudah. Grillroom Shoarma dan Bazaar Amsterdam menawarkan pilihan makanan halal yang lazat. Jelajahi Amsterdam menerusi tab ‘Things To Do’ dalam aplikasi Agoda yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti melayari sungai pada waktu malam dan lawatan ke Muzium Van Gogh. 

Menerusi aplikasi Agoda, anda boleh menyemak tempat menarik dan tiket secara atas talian. Ia juga membolehkan anda membeli tiket tanpa perlu beratur panjang di kaunter tiket. Dengan ini, ia memudahkan anda untuk merancang perjalanan anda ketika bercuti. 

Komen