Lina Rosli Diterbitkan 22 October 2019

#TAJKongsi – Bagaimana Pelekat Pada Buah-Buahan Berfungsi?

#TAJKongsi – Bagaimana Pelekat Pada Buah-Buahan Berfungsi?

Pernah tertanya-tanya mengapa terdapat label pada buah-buahan? Dan apakah makna label pada buah? Kebiasaannya, label ini dilekatkan bagi memudahkan juruwang untuk mengenalpasti saiz buah-buahan atau butiran spesifik lain mengenai buah tersebut. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyeragamkan pengiraan buah-buahan.

green fruit lot in box

Kalau kita lihat di sesetengah kedai runcit atau di kedai jualan, buah-buahan yang disediakan akan dilekatkan dengan pelekat yang berbentuk kod bar dan kod nombor. Pelekat mempunyai kod PLU yang dicetak di atasnya. Kod ini bukan sahaja terdiri daripada kod bar untuk memudahkan membayar bil tetapi juga mengandungi maklumat penting mengenai bagaimana buah atau sayur ditanam. Ia dikenali sebagai nombor Price Look-Up

Pengekodan digunakan bukan sahaja untuk buah-buahan, tetapi sayur-sayuran, herba, kacang. Tetapi hanya buah-buahan mendapatkan label sebenar dan label itu akan memberitahu anda bagaimana buahnya ditanam. Label dibahagikan kepada 3 kategori berbeza: konvensional, diubahsuai secara genetik dan organik.

Bagi mengetahui maksud di sebalik kod PLU adalah:

assorted fruits on display

Kod 4 digit (bermula dengan nombor 3 atau 4) – Ia adalah buah yang ditanam secara konvensional. Menerusi kod ini, ia dapat menyeragamkan proses yang mana jika kod 4011 adalah pisang di Malaysia, ia juga adalah kod 4011 pisang di Mexico, dan ia masih 4011 pisang Jepun. Ia merupakan sistem yang memudahkan untuk mengenal pasti produk.

Kod 5 digit (bermula dengan nombor 8) – Ia adalah buah-buahan yang telah diubah suai secara genetik. Ia telah ditanam dan dijaga menggunakan kimia seperti baja dan racun perosak secara terbina dan diubahsuai. Maka, untuk kod PLU pisang akan menjadi 84011 yang mana ia telah diubah suai genetiknya.

Kod 5 digit (bermula dengan nombor 9) – Ia ditanam secara organik dan terkawal. Untuk kod PLU pisang, ia akan menjadi 94011 yang mana ia adalah pisang organik.

Bagaimana Label Pada Pelekat Dikeluarkan?

Pihak yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan label ini adalah International Federation for Produce Standards  (IFPS) iaitu Perseketuan Antarabangsa Pengeluar Piawaian. Mereka akan memberikan pelekat di seluruh dunia bagi tujuan penyeragaman proses kenalpasti butiran buah-buahan.

Jadi, pastikan anda memilih buah-buahan yang terbaik untuk sajian anda. Bagaimana untuk memastikan pilihan anda adalah tepat? Mudah sahaja. Sentiasa baca label untuk buah-buahan di pasaran dan selalu pilih buah-buahan dengan label nombor 9. Selamat mencuba!