#TAJResepi – Resepi Ayam Dan Brokoli Mudah Untuk Makan Malam

Menu maka malam ayam dan brokoli ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Ia bukan sahaja membawakan protein ayam yang baik untuk tumbesaran tulang dan tenaga, malah sayur brokoli juga mampu dalam menyediakan zat fiber yang mencukupi untuk badan.

Berikut adalah cara penyediaan menu ayam dan brokoli:

Bahan A:

  • 2 potong ayam dada (potong dadu kasar)
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap
  • 3 sudu minyak sayuran
  • Sayur brokoli (potong kecil)
  • 1 sudu sos hoisin
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Serbuk lada merah (chili flakes)
  • Kira-kira 1/3 cawan air
orange fillet with broccoli

Cara memasak:

1. Masukkan ayam bawang merah, bawang putih, minyak bijan, kicap, halia, dan 1 sudu garam ke dalam satu mangkuk. Campurkan dan biarkan ia selama 15 minit.

2. Kemudian, masukkan 1 sudu besar tepung jagung dengan 1/3 cawan air dalam mangkuk kecil dan gaul.

3. Panaskan kuali dan tambah 1 sudu minyak sayuran. Tunggu sehingga kuali panas.

4. Tambahkan batang brokoli dan kacau selama 30 saat. Masukkan 2 sudu air, 1/4 sudu teh garam dan lada hitam. Kacau brokoli sehingga masak. Pastikan ia dimasak tidak terlalu lama iaitu kira-kira 2 minit. Kemudian, pindahkan ia ke pinggan.

5. Panas kuali sekali lagi dan masukkan 2 sudu minyak sayuran. Masukkan ayam yang telah digaul di dalam mangkuk. Tambah serbuk lada merah. Kacau sehingga ayam hilang warna mentah serta menjadi warna putih keperangan. Masak kira-kira 3 minit.

6. Tuang dan campur brokoli ke kuali. Kacau dalam campuran jagung yang disediakan dan masak sehingga mendidih. Tambah lebih banyak air jika perlu. 

7. Akhir sekali, hidangkan ayam dan brokoli ke dalam piring dan sedia untuk dijamu. Selamat mencuba!