#TAJSuggest – Adakah Lebih Baik Membalut Luka Atau Membiarkan Ia Terdedah?

Hampir setiap individu pernah mengalami kecederaan dan luka pada satu ketika dalam hidup mereka. Jika anda atau mana-mana individu tercedera atau luka, adalah sangat penting untuk membersihkan luka tersebut dengan segera untuk mencegah jangkitan kuman. Kebiasaannya, luka kecil boleh dirawat di rumah yang mana boleh dibersihkan menggunakan alat rawatan kecemasan seperti antiseptik dan pembalut luka. 

rectangular white case on gray surface

Tapi, tahukah anda apakah cara yang sesuai untuk merawat luka kecil sewaktu di rumah? Jika tidak, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membasuh luka untuk menghilangkan semua kotoran dan kuman pada kawasan luka. Gunakan tekanan dan ketinggian langsung untuk mengawal pendarahan dan bengkak.

Apabila membalut luka, sentiasa gunakan pembalut steril atau pembalut luka yang bersesuaian dengan saiz luka. Biasanya, luka yang kecil boleh sembuh dengan lebih mudah tanpa pembalut. Membiarkan luka tanpa pembalut dapat membantu ia kering secara semula jadi. 

person's left palm with bandage

Walau bagaimanapun, jika anda sering melakukan aktiviti luar dan sering terdedah kepada kotoran, adalah lebih baik jika anda menutupnya dengan pembalut luka atau pembalut steril kain kasa dan pita pelekat. Jika anda menggunakan pembalut, anda perlu menukar  pelekat atau kasa setiap hari untuk memastikan luka bersih dan kering.

Jika ia adalah kecederaan atau luka yang besar seperti luka yang menutupi kawasan besar badan, ia harus dijaga dalam keadaan lembab dan bersih untuk membantu mengurangkan parut. Anda juganperlu menjaga luka sehingga bersih dan kering selama lima hari. 

Membiarkan kawasan yang tercedera atau luka terdedah adalah kurang efektif kerana luka memerlukan kelembapan untuk sembuh. Ia juga menjadikan sel permukaan kering yang dapat meningkatkan kesakitan atau melambatkan proses penyembuhan.

Manakala, jika ia sebaliknya, iaitu membalut luka menggunakan alat rawatan yang betul, ia dapat membantu melindungi kawasan dari kotoran, kuman dan kecederaan selanjutnya. Walau bagaimanapun, jika ia masih tidak elok dan keadaan makin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar.