Kopi mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Kebaikan yang ada pada kopi termasuk ia dapat meningkatkan fungsi otak, meningkatkan kadar metabolisma dan meningkatkan prestasi kardiovaskular. Walau bagaimanapun, kopi juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang dikenali sebagai acrylamide.

Apa itu Acrylamide?

Acrylamide adalah bahan kimia kristal putih yang tidak berbau yang digunakan pengeluar dalam beberapa proses perindustrian dan kimia, termasuk pengeluaran plastik, tekstil, pewarna dan kertas serta rawatan air minuman.

Acrylamide juga boleh didapati di dalam pelekat dan pembungkus makanan serta asap rokok. Menurut American Cancer Society, acrylamide merupakan hasil sampingan dari proses masakan makanan berkanji pada suhu yang tinggi. Acrylamide juga terkandung dalam biji kopi sebagai hasil sampingan proses pemanggang.

Berapakah Kuantiti Acrylamide Dalam Kopi?

Kuantiti bahan kimia acrylamide adalah berbeza untuk setiap jenis kopi. Walaupun ia berbeza-beza bergantung kepada jenis kopi dan kadar panggangan, jumlah purata acrylamide dalam secawan kopi yang dibancuh adalah kira-kira 179 mcg/kg. Namun, untuk kuantiti yang paling tinggi adalah didalam kopi segera lebih tinggi iaitu sekitar purata 358 mcg/kg setiap cawan. Hal ini kerana acrylamide dihasilkan dalam proses pemanggangan yang mana kopi panggang gelap biasanya mempunyai tahap kimia yang lebih tinggi daripada panggang ringan. Walau bagaimanapun, untuk jenis kopi Arabica dan Robusta adalah sebaliknya.

flat lay photography of eight coffee latte in mugs on round table

Walaupun kopi mengandungi sejumlah kecil kuantiti acrylamide, terdapat kajian mengatakan bahawa minum kopi mungkin sebenarnya dapat melindungi individu daripada beberapa jenis kanser serta memberi manfaat kesihatan yang lain. Menurut kajian pada tahun 2015 oleh Food and Drug Administration (FDA), mereka tidak menjumpai hubungan antara minum kopi dan peningkatan risiko kanser. Malah, mereka mendapati bukti menunjukkan bahawa penggunaan kopi boleh mengurangkan risiko seseorang daripada mendapat kanser kolorektal, kanser hati dan kanser payudara.

Selain itu, berdasarkan kajian pada tahun 2017 pula, mereka turut mengkaji sejumlah besar analisis meta mengenai kesan kesihatan penggunaan kopi. Menurut kajian, dapat disimpulkan bahawa minum kopi dalam kuantiti yang berpatutan secara amnya selamat dan berkemungkinan lebih memberi manfaat daripada membahayakan kesihatan seseorang. Malah, kajian ini juga mengatakan acrylamide turut mengurangkan risiko penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, jantung, hati, kemurungan dan bermacam kanser lain. Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan bahawa pengambilan kopi yang disarankan orang dewasa sekitar empat atau lima cawan setiap hari.

Adakah Bahan Kimia Ini Boleh Dituras?

Penyingkiran daripada acrylamide dari makanan yang dipanaskan menunjukkan bahawa melembabkan dan pemanasan semasa tertakluk kepada vakum boleh mengeluarkan beberapa acrylamide dari sesuatu makanan seperi kopi, biskut dan kerepek kentang iaitu mengurangkan tidak lebih 50% bahan tersebut. Namun, tidak ada kajian saintifik sebenar yang mengesahkan kaedah penurasan bahan kimia ini.

Kesimpulan

Acrylamide adalah hasil sampingan proses pemanggangan yang mana ia hadir pada bijirin kopi termasuk kopi segera. Selain kopi, ia juga terkandung dalam air minuman dan pelbagai makanan yang dimasak dan dibakar. Walaupun terdapat kebimbangan bahawa acrylamide mungkin mengandungi bahan kimia yang ada pada rokok iaitu karsinogen, namun kebanyakan kajian mengatakan bahawa kopi sebenarnya dapat melindungi individu daripada masalah dan beberapa penyakit kronik.

Sumber: Healthline , Time

Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.