Carian
#TAJSuggest – Idea Tirai Latar Untuk Majlis Perkahwinan
November 5, 2019 Lina Rosli

#TAJSuggest – Idea Tirai Latar Untuk Majlis Perkahwinan

Tirai latar atau backdrop adalah salah satu elemen penting ketika melangsungkan majlis. Ada pelbagai jenis tirai latar yang anda boleh perolehi di pasaran sekarang. Ia boleh hadir dalam pelbagai bentuk, warna dan julat harga. 

Tahukah anda kepentingan tirai latar untuk sesuatu majlis? Selain daripada menaikkan seri majlis, ia juga memainkan peranan penting dalam fotografi. Dalam fotografi, tirai latar digunakan untuk membuat adegan visual khusus di belakang subjek gambar. Kebanyakan jurugambar menggunakan tirai latar bagi mempamerkan persekitaran yang sesuai di sekeliling subjeknya.

Tirai latar memainkan peranan yang sangat penting dalam fotografi profesional kerana mereka boleh memberikan hasil gambar yang berbeza. Malah ia juga boleh menambahkan dimensi dan kedalaman pada gambar. Antara tirai latar yang popular yang digunakan dalam fotografi termasuk dinding bunga, kanvas dicat, origami kertas, tirai tekstil, tirai lampu dan lain-lain.

Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda mengenai idea-idea tirai latar yang boleh anda lakukan untuk majlis anda.

Flower wall and frame for hire. Nude, blush, champagne and ivory - the perfect neutral flowerwall for all occasions.

Dinding Flora Dan Bunga

Biasanya, ramai individu gemar untuk menggunakan dan menghiaskan tirai latar dengan bunga-bungaan. Ia boleh digantungkan atau dilekatkan terus pada dinding atau papan latar. Dengan ini, ia dapat menghasilkan dinding bunga yang klasik selain menjadikan majlis anda lebih berwarna dan berseri. Pilihan bunga untuk tirai tersebut boleh disuaikan berdasarkan bunga atau flora kegemaran anda sama ada bunga carnation, daisi dan macam-macam lagi. 

DIY wedding backdrop inspiration

Kanvas

Jika anda sedang mencari sentuhan yang lebih elegan tetapi ringkas, anda boleh menggunakan kanvas dengan sedikit imej typography pada tirai latar anda. Kanvas boleh dikatakan menyediakan tirai latar yang paling realistik berbanding tirai latar yang lain. Sesetengah jurugambar, terutamanya yang komited kepada gaya potret tradisional merasa kanvas memberikan hasil gambar yang lebih formal.

Best Day Ever Wedding Backdrop, Dessert Table Decor, Wedding Arch Background, Head Table Decor, Rustic Wedding Background by ArianaKHome on Etsy

Origami Kertas

Origami kertas adalah satu lagi hiasan yang kreatif dan menarik, terutamanya jika anda pandai dalam mengatur dan menggabungkan warna kertas. Skema warna yang menarik dapat membuatkan tirai latar anda menyerlah sekaligus memberikan hasil gambar yang menakjubkan. Antara bentuk origami yang anda boleh buat adalah rosette, rama-rama dan lain-lain. Gunakan origami yang berbeza untuk mendapatkan hasil yang lebih kreatif. Tambah beberapa kertas pom-pom dan gunakan warna tunggal untuk menyerlahkan dan menambah variasi halus pada tirai latar.

My Mind's Eye on Instagram: “The party is almost over!!! Our online warehouse sale includes our best selling Trend Collection, that you see here! Be sure to check it…”
Large Paper Flower Backdrop / Giant Paper Flowers / Paper Flower Wall / Wedding Wall / Bridal shower/ premium flower wall/

Tirai Tekstil

Selain kertas dan bunga, anda juga boleh menghias tirai latar anda dengan menggunakan jalur kain yang berbeza warna dan saiz. Dengan ini, ia dapat menaikkan seri tirai latar anda selain memberikan impak elegan dan minimal pada gambar anda. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan satin putih dan renda untuk mendapatkan gaya tradisional atau gunakan warna tunggal dalam corak yang berbeza untuk paparan yang menonjol. Anda boleh menggunakan beberapa lampu rentetan untuk menambah cahaya halus serta mengatur beberapa lilin di bahagian bawah gaya yang lebih romantik.

DIY wedding backdrop inspiration

Tirai Lampu

Jika anda menginginkan hiasan tirai latar yang tampak moden dan kontemporari, anda boleh menggunakan lampu sebagai hiasan dinding anda. Lampu bertali adalah hiasan mudah dan ringkas untuk tirai latar anda. Jika anda melangsungkan majlis pada waktu petang, anda disarankan untuk menggunakan lampu globe berwarna jingga keperangan untuk mendapatkan hasil yang menarik.

Wedding Backdrop Curtain Wedding Backdrop Fabric Tulle | Etsy

Kesimpulan

Untuk memilih tirai latar yang cantik sekaligus bersesuaian untuk menjalankan sesi fotografi sewaktu majlis anda, anda perlu menitik beratkan beberapa aspek termasuk jenis bahan untuk tirai latar, saiz tirai latar, unsur warna atau reka bentuk serta bajet dan julat harga. Kami berharap ini membantu untuk melancarkan sesi fotografi sewaktu majlis anda!

Komen