Ramai individu lebih gemar memadankan warna baju, tudung dan seluar yang seakan sama dan lebih kurang. Terdapat juga dalam kalangan anda yang gemar memakai tudung berwarna gelap untuk padanan yang lebih selamat dan tidak terlalu color blocking. Tapi, jika anda ingin tampilkan kelainan pada fesyen harian anda, anda boleh mencuba roullette warna yang di luar kebiasaan anda namun masih bersesuaian untuk digayakan.

assorted clothes in wooden hangers

Warna pejal atas warna pejal (Solid Colour)

Ia sememangnya sering menjadi pilihan setiap wanita yang mana ia boleh dikatakan agak mudah untuk dipadankan dengan pakaian yang lain. Warna pejal hadir dengan varian pilihan rona warna termasuk dari biru sehingga hijau, merah sehingga ungu dan macam-macam lagi. 

Untuk pilihan warna kuning, ia bersesuaian untuk digayakan bersama warna merah hati, hijau gelap, biru dan warna-warna pastel seperti warna nude, merah jambu dan lain-lain. Sementara untuk warna biru pula, ia boleh dipadankan dengan warna merah hati, kelabu cerah dan lain-lain.

Tudung bercorak bersama dengan baju warna pejal

Sekiranya anda mencari sesuatu untuk dipadankan dengan hijab yang bercorak, anda boleh menggayakannya dengan baju seperti sweatshirt, blazer dan bermacam-macam lagi. Hal ini kerana, ia dapat mempamerkan gaya elegan untuk fesyen harian anda. Sebagai pemilihan warna untuk tudung corak, ia tidak terhad yang mana anda boleh memadankan apa-apa warna tudung bercorak dengan baju pilihan anda.

Kebanyakan warna tudung bercorak tidak mengganggu pilihan warna baju anda. Kedua-dua tudung dan baju berfungsi dengan baik dengan padanan yang agak berwarna-warni, yang mana memberikan hasil imej yang lain dan menggabungkan corak yang berbeza tanpa menggugat rupa. 

Tudung warna pejal bersama baju bercorak

Berbeza dengan baju warna pejal, baju yang mempunyai corak agak sukar dan rumit untuk dipadankan. Tetapi ia masih lagi boleh dipertimbangkan yang mana pemilihan warna tudung boleh disesuaikan mengikut warna corak pada baju. Sebagai contoh, jika baju anda mempunyai warna dasar (base) yang cerah seperti warna pastel merah jambu, manakala coraknya pula berwarna biru dan hijau. Anda boleh memadankan tudung dengan warna utama baju iaitu merah jambu, atau anda boleh memilih untuk memadankan ia dengan warna corak.

Tudung bercorak bersama corak lain

Sebelum ini, ramai individu yang risau untuk memadankan dua corak sekaligus di dalam satu gaya. Hal ini kerana ia akan menjadikan anda kelihatan aneh disebabkan penggayaan yang melampau dalam satu outfit. Namun, ada satu  tips dalam menjadikan corak pilihan anda tidak kelihatan pelik yang mana anda boleh memadankannya dengan kumpulan warna yang sama atau kumpulan corak yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memadankan tudung merah jambu bercorak dengan skirt petak kecil berwarna merah jambu juga. 

Berikut adalah beberapa tips dan idea padanan yang anda boleh gayakan untuk

  • Putih: Sesuai dipadankan dengan semua jenis warna, terutamanya biru dan merah.
  • Beige: dipadankan dengan biru, coklat, zamrud, hitam, merah, putih.
  • Kelabu: dipadankan dengan fuchsia, merah, ungu, merah jambu, biru.
  • Hitam: ia kelihatan elegan dalam gabungan mana-mana, terutama dengan oren, merah jambu, salad hijau, putih, merah, mauvish, atau kuning.

________________________________________________________________________

  • Merah: dipadankan dengan coklat, putih, pudina hijau, zaitun, kelabu, biru, biru muda.
  • Fuchsia (merah jambu gelap): dipadankan dengan kelabu, kuning-coklat, kapur, pudina hijau, coklat.
  • Merah: dipadankan dengan kuning, putih, warna pastel atau cerah, hijau, biru, hitam.
  • Merah Hati/Raspberry (Maroon): menggabungkan dengan putih, hitam, damask naik.
  • Coklat: menggabungkan dengan terang seperti cyan, beige, merah jambu, coklat, hijau, kuning air.
  • Coklat terang: menggabungkan dengan pucat seperti kuning, beige, biru, hijau, ungu, merah.
  • Coklat gelap: dipadankan dengan warna kuning, cyan, pudina hijau, ungu, merah jambu.
  • Jingga: dipadankan dengan cyan, biru, ungu, ungu, putih, hitam.
  • Kuning: menggabungkan dengan biru, ungu, kelabu, hitam.
  • Kuning air: dipadankan dengan fuchsia, kelabu, coklat, warna merah, coklat kekuningan, biru, ungu.
  • Kuning keemasan: dipadankan dengan kelabu, coklat, biru, merah, hitam.
  • Hijau: dipadankan dengan coklat keemasan, jingga, salad hijau, kuning, coklat, kelabu, hitam, beige.
  • Salad hijau: dipadankan dengan coklat, coklat kekuningan, kelabu, biru gelap, merah.
  • Turquoise: dipadankan dengan fuchsia, merah ceri, kuning, coklat, beige, violet.
  • Cyan: dipadankan dengan merah, kelabu, coklat, jingga, merah jambu, putih, kuning.
  • Biru gelap: dipadankan dengan warna pastel dan cerah, cyan, kuning-hijau, coklat, kelabu, kuning air, jingga, hijau, merah, putih.
  • Lilac: menggabungkan dengan oren, merah jambu, violet, kelabu, kuning, putih.
  • Violet gelap: menggabungkan dengan warna coklat keemasan, kuning air, kelabu, pudina hijau, jingga.

 

Lihat profil
Lina Rosli

153 artikel di Tajria.