#TAJMakan- Mari ‘Rise and Shine’ Di Tapestry KL
Bagi anda yang masih tercari-cari tempat makan untuk hujung minggu ini, anda mungkin boleh berkunjung ke Tapestry KL di Chow Kit. Kafe ini terletak di tengah pusat bandar Kuala Lumpur iaitu berdekatan Heritage Row dan Stripes Hotel.
Bagi anda yang ingin mengunjungi tempat ini, anda boleh datang menggunakan kereta dan pengangkutan awam iaitu LRT Dang Wangi. Jika anda turun turun di Stesen Dang Wangi, anda disarankan untuk keluar ke Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Menara DBKL.

Menarik mengenai Tapestry KL, ia membawakan reka bentuk yang sangat klasik tetapi masih kelihatan mewah dan elegan. Reka bentuk dalamannya membawakan dinding dan lantai batu, tingkap-tingkap besar selain dilengkapi siling-siling yang tinggi.


Seperti kebanyakan kafe yang lain, Tapestry KL menyediakan pelbagai jenis hidangan western brunch dan juga kopi. Bagi anda yang menggemari kopi, anda boleh mencuba variasi jenis kopi yang mana Tapestry KL merupakan anak syarikat kepada kedai kopi terkemuka iaitu Eight Ounce Coffee. Antara kopi yang disediakan adalah Flat White (RM13) , Manuka Nitro Cold Brew yang manis dan berani (RM18) dan Long Black (RM10).

Selain kopi, anda juga boleh mendapatkan hidangan minuman sihat yang mana menjadi pilihan kebanyakan individu yang datang ke Tapestry KL, iaitu Tropical Juice (RM12) dan Oriental Juice yang mempunyai gabungan mangga, halia, basil dan beetroot (RM13).

Seterusnya, untuk hidangan makanan pula kami sempat mencuba Rise and Shine Eggs Benedict (RM28) iaitu hidangan utama di kafe tersebut. Untuk hidangan ini, ia menggunakan telur kampung celur (pouch egg) dan salmon. Untuk topping, hidangan ini menggunakan bunga kantan dan sos hollandaise untuk mencipta campuran rasa tempatan dan Barat.
Untuk anda yang inginkan nasi, Tapestry KL juga menyediakan Grilled Chicken (RM28) dengan bunga kobis yang dibakar serta Beras Sia iaitu beras dari Sarawak. Menu lain yang boleh anda cuba di Tapestry KL termasyk French Toast (RM28), Sarsi-glaze Beef Bacon (RM8), Field of Mushroom (RM25), Carrot Walnut Cake (RM16) dan Avocado Smoothie Bowl (RM23).

Jadi, untuk anda yang ingin menikmati suasana makan yang mewah dan selesa, anda boleh berkunjung ke Rise and Shine By Tapestry KL. Tempat ini amat bersesuaian untuk anda meluangkan masa bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan sambil menikmati secawan kopi dan lain-lain.
Rise and Shine by Tapestry KL
28 Jalan Kamunting, Chow Kit
50300 Kuala Lumpur, Malaysia
www.facebook.com/tapestrykl
Waktu Operasi:
8 pagi sehingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat)
8 pagi sehingga 5.30 petang petang (Sabtu dan Ahad)