Carian
#TAJSuggest – Bebaskan Diri Dan Minda Anda Dari Hutan Konkrit KL Di escape23
November 12, 2019 Lina Rosli

Bagi anda yang ingin merehatkan minda dan memencilkan diri dari kesibukan kota Kuala Lumpur, escape23 adalah jawapan yang sesuai. Lokasi kediaman ini terletak di Damansara Height, Kuala Lumpur. Ia juga berdekatan dengan Taman Botanika Perdana dengan jarak kira-kira 6 km dari tempat penginapan, Muzium Kesenian Islam Malaysia dengan jarak 7 km dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sejauh 25 km dari escape23. 

Menarik mengenai escape23 adalah ia menampilkan reka bentuk yang klasik dan mewah yang dilihat seakan kediaman ala Sepanyol. Bangunan ini telah dibina kira-kira lebih 40 tahun dahulu yang mana telah dinaik taraf semula tanpa mengubah mana-mana struktur bangunan. Dengan keluasan tanah 30,000 kaki persegi dan rekaan bangunan sebesar 15,000 kaki persegi, ia menempatkan enam ruang penginapan dan beberapa ruangan khas lain yang boleh memuatkan kira-kira 100 orang pengunjung dalam satu masa. 

escape23 adalah satu tempat yang sangat sesuai untuk individu yang menginginkan privasi dan eksklusiviti yang jauh dari kesesakan kota raya. Dengan ini, anda boleh melangsungkan pelbagai acara atau aktiviti tanpa risau dengan sebarang gangguan. Ia menyediakan ruang acara (event space) yang pelbagai, penginapan dengan kolam renang peribadi selain menawarkan ruangan makan peribadi (private dining) untuk majlis tertentu. 

Ruang Acara (Event Space)

Ruang acara atau lebih dikenali sebagai common area ini amat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan pelbagai acara atau aktiviti tidak kira kecil atau besar. Antara acara dan aktiviti yang boleh dilangsungkan di sini termasuk pelancaran produk, pameran, mesyuarat, majlis hari lahir, majlis perkahwinan, penggambaran dan bermacam-macam lagi. Ruangan ini terhad untuk sesuatu acara, yang mana hanya satu tempahan boleh dibuat pada satu masa sahaja. Jadi, anda tidak perlu risau berkenaan privasi untuk kelangsungan sesuatu majlis. Bukan itu sahaja, escape23 juga menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi untuk pengunjung. 

Antara ruang acara yang disediakan adalah:

  • Ruang makan (untuk kira-kira 26 pax)
  • Bilik mesyuarat (untuk kira-kira 15 pax)
  • Lounge (untuk kira-kira 18 pax)
  • Ruang teres (kira-kira 10-12 pax untuk aktiviti luar)
  • Foyer (untuk kira-kira 130 pax berdiri)

Tempat Penginapan (Retreat Home)

Banglo vintage 3 tingkat ini menyediakan 6 bilik tidur yang mana kawasan kediaman ini dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang subur dengan pelbagai spesies flora. Ia juga mempunyai kolam renang yang direka untuk para tetamu menikmati pemandangan menakjubkan Damansara Heights. Terdapat juga gazebo untuk tetamu untuk berehat sambil menikmati pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dan Damansara Heights yang indah.

Rumah percutian ini menyediakan bilik tidur dengan penghawa dingin, ruang makan dan dapur yang lengkap dengan mesin basuh pinggan mangkuk. Untuk kemudahan tambahan, ia juga menyediakan tuala dan linen tempat tidur dengan bayaran tambahan. 

Ruang Makan Peribadi (Private Dining)

Tidak lengkap sesuatu acara tanpa hidangan makanan yang menarik. Oleh itu, escape23 turut menyediakan servis private dining bagi anda yang ingin menikmati hidangan yang menarik sewaktu aktiviti. Untuk sajian makanan, ia akan disediakan oleh chef khusus yang berkemampuan untuk menyajikan pelbagai variasi makanan seperti makanan barat, masakan Cina-Muslim, masakan tempatan, pencuci mulut dan bermacam-macam lagi. 

Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pakej buffet yang membawakan pelbagai jenis menu seperti menu spaghetti yang pelbagai, Roasted Leg of Lamb, Grilled Salmon Fillet, Chocolate Brownies, buah-buahan dan lain-lain. Untuk pakej bersempena The Winter Wonderful Reunion, ia membawakan dua pakej buffet yang bermula pada harga RM125 seorang.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara atau aktiviti yang telah dilakukan sebelum ini di escape23, anda boleh layari laman instagram rasmi escape23 di @escapetwenty3. Atau untuk sebarang tempahan, anda boleh emel kepada [email protected] atau hubungi terus di talian 017 341 1039. Nikmati ketenangan dan keindahan flora di tengah kota konkrit Kuala Lumpur. Selamat mencuba!

_________________________

escape23
23, Jalan Teruntong, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel: [email protected]
Tel: 017 341 1039

Komen