Carian
#TAJTravel – Kelengkapan Yang Perlu Anda Bawa Sewaktu Bercuti Di Pantai
November 13, 2019 Lina Rosli

#TAJTravel – Kelengkapan Yang Perlu Anda Bawa Sewaktu Bercuti Di Pantai

Pernah atau tidak anda berasa untuk membawa semua barang di bilik sewaktu percutian anda? Atau anda tidak tahu mana barangan keperluan yang penting untuk di pek bersama? Jadi, jika anda salah seorang daripada orang-orang yang sering tertanya-tanya apa yang perlu dibawa ke pantai, Tajria hari ini berkongsi kepada anda keperluan penting yang perlu dibawa sewaktu bercuti di pantai. Bagi memudahkan perancangan untuk percutian anda, anda boleh menyediakan senarai semak barangan yang perlu dibawa selama sehari, seminggu atau sebulan di pantai.

clothes in luggage

Berikut adalah senarai semak untuk persediaan sebelum bercuti di pantai:

Pakaian

Apa yang hendak dibawa bercuti pantai dari segi pakaian sebenarnya adalah pilihan peribadi. Tetapi nasihat saya kepada anda adalah apabila memilih dan mengemas barang untuk dibawa, elakkan daripada membawa terlalu banyak pakaian kerana berkemungkinan besar anda tidak akan memakainya. Tip untuk pemilihan baju adalah pasangkan baju dengan kelengkapan lain dan tetapkan pakaian apa yang ingin dipakai sewaktu aktiviti tertentu.

  1. Baju renang atau swimming suit
  2. T-shirt
  3. Dress
  4. Seluar dan kain sarung
  5. Jaket atau cardigan
  6. Baju tidur atau pijama

Kasut

Apa pula jenis kasut yang boleh anda bawa? Menerusi senarai semak di bawah, saya mencadangkan hanya membawa 3 pasang kasut iaitu flip flop, sandal dan kasut sukan.

  1. Flip Flop: Memandangkan anda banyak menghabiskan masa di pantai atau di kolam renang, sepasang sepatu jepun perlu ada bagi memudahkan anda untuk berjalan. Ia adalah lebih ringkas dan mudah untuk dipakai ke mana jua.
  2. Sandal: Untuk berjalan di sekitar bandar, membeli-belah atau keluar makan malam, anda boleh menggunakan sandal yang lebih elok dan selesa untuk dipakai.
  3. Kasut sukan: Di beberapa destinasi pantai ada banyak batu dan batu karang yang mungkin akan membahayakan kaki anda. Untuk melindungi kaki anda, anda boleh membawa kasut sukan yang mana ia turut boleh digunakan sewaktu melakukan aktiviti lasak.
brown hat

Barang Keperluan Lain

Selain baju dan kasut, terdapat beberapa barang keperluan lain yang penting untuk dibawa sewaktu bercuti di pantai. Ia perlu dibawa bertujuan untuk memudahkan perjalanan rancangan percutian anda selain mempersiapkan diri dalam sebarang perkara lain.

Antara barang yang boleh anda bawa termasuk:

  • Topi pantai
  • Tuala pantai
  • Botol air
  • Cermin mata
  • Beg pakaian basah dan pakaian kotor
  • Set berenang: Goggle, Alat Snorkel, Board
  • Kelengkapan peribadi: Sunscreen/sunblock, kosmetik, krim pelembab, shampu dan sabun, ubat dan berus gigi, kelengkapan ubat-ubatan dan ubat nyamuk.
  • Barangan elektronik: Pouch telefon kalis air, penyesuai plug, pengecas bateri, set fon kepala dan power bank.

Walau bagaimanapun, setiap kelengkapan ini adalah bergantung kepada aktiviti yang anda ingin lakukan sewaktu bercuti. Jadi untuk lebih mudah, anda perlu menyediakan tentatif atau itenary perjalanan semasa di pantai. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba!

Komen