Universal Traveller Hadir Dengan Koleksi Musim Luruh Dan Sejuk FW19/20
Musim sejuk adalah salah satu musim yang sangat menarik untuk anda bergaya. Namun, ia juga mungkin menjadi sangat tricky untuk anda menyesuaikan diri dengan suhu di negara-negara musim sejuk. Sudah tentu di Malaysia suhunya adalah lebih tinggi berbanding negara-negara seperti Eropah, Australia dan Korea.
Jadi, bagi anda yang ingin melancong sewaktu musim sejuk, Universal Traveller kini hadir dengan koleksi baru untuk tahun 2020 bersempena musim luruh. Dengan gaya dan inspirasi terkini, Universal Traveller (UT) melancarkan kempen #UTEvolution sempena memperkenalkan Koleksi Musim Luruh/Sejuk 2019-2020 (FW19/20). Gabungan antara kecanggihan yang klasik dengan inovasi yang bergaya, ia dapat mempamerkan persona individu sewaktu musim sejuk. Antara elemen fesyen yang dibawakan pada musim ini adalah youthful, aunthetic, outrageous, beautiful, absolute dan outstanding.


Untuk koleksi musim luruh dan sejuk kali ini, Universal Traveller hadir dengan variasi pakaian musim sejuk yang menampilkan rangkaian gaya, saiz dan fabrik yang menyeluruh yang menggambarkan gaya fashionista untuk semua individu. Dengan rekaan pakaian luaran yang unik, ia memiliki gaya yang versatil dalam memainkan peranan utama dengan menyediakan daya tahan dan mobiliti yang diperlukan oleh individu masa kini.
Universal Traveller musim ini membawakan koleksi down jacket untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Down jacket adalah jaket yang diperbuat dari bulu dari itik atau angsa yang mampu mengekalkan kelembutan dan kehangatan untuk badan yang mana poket udara kecil di jaket tersebut dapat memerangkap dan mengekalkan haba.

Selain itu, Universal Traveller turut hadir dengan beberapa pilihan warna terang yang baharu. Antara warna yang diperkenalkan termasuk warna Wintery White dan Brilliant Red yang turut hadir dengan fungsi kustom tag nama khas dan jersi dalam kalis angin. Koleksi ini mempersembahkan semula gaya ikonik dengan elemen segar seperti down jacket 4-dalam-1 untuk wanita yang boleh dipakai setiap musim. Ia juga boleh dipakai sebagai jaket ringan pada musim bunga, jaket bomber pada musim luruh dan jaket berat pada musim sejuk.

Ciri-ciri klasik yang menjadi teras koleksi ini adalah pilihan warna istimewa jenama termasuk warna musim sejuk yang menarik; dan rangkaian gaya ‘trendy, klasik, aktif, kasual dan pintar’ standard dengan satu warna sahaja.
Untuk butiran lanjut mengenai Koleksi Musim Luruh dan Sejuk FW19/20, anda boleh menyaksikan katalog penuh untuk setiap koleksi di LockBook. Atau anda juga boleh mendapatkan koleksi jaket musim sejuk terbaru dari Universal Traveller di semua cawangan dan kedai-kedai terpilih Universal Traveller. Untuk maklumat lanjut, layari www.universaltraveller.com/my/.