Apa itu AirAsia BIG Points? AirAsia BIG Points adalah satu program loyalty yang dilaksanakan oleh syarikat penerbangan AirAsia yang mana ia diperkenalkan pada November 2011. Program ini merupakan sistem bertingkat yang menggalakkan pengguna untuk melakukan pembelian dalam jangka masa panjang. Ia lazimnya menawarkan ganjaran kecil seperti barangan percuma, ganjaran, kupon atau diskaun untuk sesuatu produk.

Menerusi program BIG loyalty, ia membolehkan para pengguna atau ahli kelab BIG menikmati mata ganjaran BIG dan beberapa tawaran hebat yang lain. Antara tawaran yang disediakan termasuk penerbangan tambang rendah ke 150 destinasi di seluruh Asia, Australia, New Zealand dan negara-negara Timur Tengah, tempahan hotel dan kereta sewa menerusi laman agoda, booking.com, EasyRentCars selain turut boleh digunakan di platform atas-talian seperti Lazada, Fave dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menukar mata ganjaran dari mana-mana rakan kongsi AirAsia seperti Petron, Tunetalk, Samsung Rewards, Maybank, CIMB dan Mydin kepada mata ganjaran BIG. Sebagai contoh, untuk mata ganjaran Petron, anda boleh mendapatkan 1 mata ganjaran BIG dengan menukar 2 Petron Miles. Ganjaran ini boleh dinikmati di lebih 600 stesen minyak Petron di seluruh Malaysia.

Bagaimana Hendak Menukar Mata Ganjaran Lain Kepada Mata Ganjaran BIG?

Untuk menukar mata ganjaran lain, anda boleh melihat senarai rakan kongsi atau partners AirAsia yang menawarkan tebusan mata ganjaran.

Tukar mata ganjaran kad kredit ke AirAsia BIG Points:

Tahukah anda bahawa semua mata ganjaran kad kredit yang telah anda simpan boleh ditukar kepada mata ganjaran BIG? Anda boleh menukar mata kad kredit yang dikeluarkan dari bank seperti senarai di bawah:

  • Alliance Bank Malaysia
  • AmBank
  • Citibank Malaysia
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • RHB Bank
  • Standard Chartered
  • UOB Malaysia

Tukar mata ganjaran lain ke AirAsia BIG Points:

AirAsia BIG juga membolehkan anda mendapatkan ganjaran dari program ganjaran lain. Berikut ialah senarai program lain:

  • Zalora 5 BIG Points dengan pembelanjaan minimum RM15
  • Lazada 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
  • BigPay 1 BIG Point untuk setiap RM10 pembelian
  • ChristyNg 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
  • Lenovo 5500 BIG Points untuk pembelian komputer riba terpilih
  • Sephora 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
  • Nike E-Store 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
  • JD Sports 1 BIG Point untuk setiap RM1 pembelian
  • Mydin 1 BIG Point dengan 4 mata ganjaran kad Meriah
  • Petron 1 BIG Point dengan 2 mata ganjaran Petron Miles
  • Tune Talk 3,000 BIG Points dengan 300 mata ganjaran Tune Talk

Tebus Mata Ganjaran BIG Untuk Penerbangan Tambah Rendah Di Beberapa Destinasi Terpilih

Bagi anda yang ingin menebus ganjaran penerbangan, AirAsia kini menawarkan tebusan mata ganjaran serendah 424 pts. Anda boleh melakukan tempahan kapal terbang bermula hari ini sehingga 24 November 2019 yang mana jadual tempahan perjalanan adalah pada 18 November 2019 sehingga 31 Disember 2019. Antara destinasi yang ditawarkan termasuk Penang-Langkawi (500 pts), Penang-Jakarta (1500 pts), Kuala Lumpur-Danau Toba (500 pts), Kuala Lumpur- Krabi/Phnom Penh/Phuket (1000 pts) dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai penukaran mata ganjaran lain kepada mata ganjaran BIG, anda boleh melayari laman rasmi AirAsia BIG atau muat turun aplikasi AirAsia BIG Loyalty dan mula mendaftar keahlian bermula hari ini. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

174 artikel di Tajria.