Carian
#TAJBeauty – Manakah Pilihan Anda? Cream Blush vs Powder Blush
November 18, 2019 Lina Rosli

#TAJBeauty – Manakah Pilihan Anda? Cream Blush vs Powder Blush

Terdapat pelbagai jenama-jenama kosmetik di pasaran yang mengeluarkan variasi jenis blusher. Jika kita lihat di pasaran, ada dua jenis blusher atau pemerah pipi yang menjadi pilihan wanita, iaitu cream blush dan powder blush. Adakah kedua-dua pemerah pipi ini mempunyai perbezaan yang ketara? Apakah yang menyebabkan anda memilih untuk menggunakan mana-mana blush sebagai pelengkap solekan anda?

Pemilihan untuk blush boleh dikatakan agak mencabar. Hal ini kerana, jika anda memilih warna yang tidak bersesuaian dengan warna kulit anda ia akan menjejaskan hasil akhir untuk solekan anda. Oleh itu, hari ini Tajria akan berkongsi dan membantu anda dalam memilih produk mana yang sesuai untuk anda.

assorted makeup palette on white surface
Nudies Bloom All Over Dewy Color Blush
NYX Nude Bloom Stix

Cream blush secara umumnya adalah lebih pigmen berbanding powder blush. Yang mana ia adalah lebih baik dan bersesuaian untuk tona kulit yang lebih gelap. Menarik mengenai jenis krim ini, ia lebih lembap dan dalam pada masa yang sama dapat mengekalkan kehidratan kulit. Selain itu, blush jenis krim juga tidak membuatkan warna di kulit anda kelihatan bercapuk. Antara jenis cream blusher yang bagus di pasaran termasuk Bobbi Brown Pot Rouge, NYX Nude Bloom Stix, Revlon PhotoReady Cream Blusher dan Tarte Cheek Stain.

Walau bagaimanapun, pemerah pipi jenis krim ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Berbanding powder blush, warna blusher ini tidak seterang dan pekat seperti yang diharapkan. Bukan itu sahaja, ia juga tidak sesuai digunakan pada musim panas kerana ia akan lebih cepat hilang dan pudar.

Amazonian Clay 12-Hour Blush
Tarte Amazonian Clay Blush

Untuk powder blush pula, ia adalah lebih mudah untuk menonjolkan kedutan dan menjadikan kulit tampak lebih tua dan lebih kering. Oleh itu, jika anda menggunakan powder blush, pastikan anda menetapkan solekan anda dengan menetapkan setting powder sebelum meletakkan pewarna pada pipi anda. Manakala, jika anda menggunakan cream blush pula, gunakannya di atas bedak asas atau foundation sebelum anda menetapkan blusher anda. Pilihan terbaik powder blush untuk tahun 2019 adalah NARS Orgasm, Anastasia Blush Trio, Tarte Amazonian Clay Blush dan Marc Jacobs Air Blush Soft Glow.

Bagi anda yang ingin memiliki pemerah pipi yang bersesuaian, anda perlu mengetahui kondisi dan tona kulit yang bersesuaian bagi mengekalkan solekan harian anda. Bagi anda yang gemar untuk bercuti dan melancong, anda disarankan untuk menggunakan kit blush yang mana ia mudah untuk dibawa kemana sahaja.

Sumber: Sephora

Komen